Stesen 9W2DYA-5 di Brinchang, Tanah Tinggi Cameron.

Pada pagi 12 Disember 2017 stesen 9W2DYA-5 telah diaktifkan di Brinchang.
Gunung Brinchang terletak digipeater 9M4RCH-3.
Antara stesen yang berjaya mendapat packet adalah 9M4RNK-3 Bukit Tembeling, Kuala Krai Kelantan.

Stesen APRS

Awal pagi kelihatan beberapa stesen APRS yang diaktifkan.

9W2VXD-5 di Rantau Panjang, Klang.
9W2XDD-5 di Meru
9W2XRI-5 di Puncak Alam
9W2NDF di Taman Cheras Utama
9W2CEW di Puchong Perdana
9W2VJP-5 di Jalan Kebun
9W2MLF-9 di Bukit Mertajam, Penang
9W2HKR-5 di Malim Nawar, Perak
9W2GLV di Kg Ayer Molek, Melaka
9W2WIU-3 di Taman Puteri Wangsa, Johor.
9W2GEE-5 di Taman Molek, Johor.
9V1LY-B di Singapura.
9W2ZXT-5 di UTM Skudai, Johor.
9W2SNN-5 di Tampoi, Johor.

Jom Kurus day hike

Jom kurus day hike dianjurkan oleh Redah Adventure Explorer telah diadakan di Bukit Saga, Taman Saga, Ampang. Ia diadakan pada pagi ahad yang lalu pada 3 Disember 2017.
Tiba di tempat permulaan dan meletak kereta ditepi jalan. Ramai pengunjung telah tiba lebih awal dengan pelbagai aktiviti. Cuaca pagi ini mendung semacam hendak hujan.

Pemandangan indah Ibu kota disaji dari tepi jalan tempat kereta diletakkan. Begitu indah sekali suasana pagi diliputi awan mendung menyelubungi. Sebelah kiri bangunan pencakar langit yang baru menggapai awan.
Papan tanda menunjukkan arah ke trek laluan ke puncak. Laluan dari jalan besar masuk melalui Taman Melur dan ikut papan tanda sepanjang jalan ke Taman Saga.
Banyak perubahan muka bumi dilihat disini. Perubatan yang ketara untuk projek pembinaan lebuhraya Sungai Besi - Hulu Klang (SUKE).
Laluan tanah merah tapak lebuhraya di belakang Taman Saga. Hujung di sana bukit dipotong bagi laluan tapak pembinaan.
Semakin dekat kelihatan bukit ditarah menjejas kestabilan tanah yang boleh mengundang tanah runtuh. Larian air juga boleh berlaku ketika hujan turun menyebabkan sungai dan saliran air menjadi cetek. Akibatnya air melimpah dan memenuhi kawasan mengakibatkan banjir kilat.
Palong air yang keluar dari anak sungai Bukit Saga. Air bersih dan jernih keluar menuruni ke aliran seterusnya. Aie jernih terjadi dari kawasan simpanan hutan hujan yang menghijau menjadi puncanya. Jikalau, kehijauan hutan digondol oleh tangan-tangan yang rakus pasti aliran air semakin lesu dan hilang untuk tatapan pengunjung.
Kelihatan kesan larian air telahpun membentuk dilaluan tapak. Kecerunan bukit agak tinggi juga, serta pemotongan bukit yang menegak pasti menggusarkan penduduk yang tinggal berhampiran.
Inilah tempat permulaan pendakian yang disediakan tangga bersebelahan air terjun kecil sangat mengujakan bila tiba disini. Kegusaran pendaki apabila projek lebuhraya ini siap. Adakah laluan ini boleh dimasuki? Harap pemilik konsesi menyediakan laluan untuk pengunjung ke Bukit Saga.
Betapa cantik dan indahnya aliran air menuruni dicelah batu hampar. Bebas daripada pencemaran dan kerosakan hutan membolehkan ia dinikmati dengan penuh keinsafan. Bayangkan kalau bukit dan hutan dibahagian atas dicerobohi dengan projek pembangunan pasti anak cucu kita tidak dapat menikmati nya.
Air sangat sejuk boleh dirasa bila menyentuh di aliran yang menderu turun tanpa gangguan. Air yang menderu kelihatan banyak ini juga dipengaruhi musim hujan penghujung tahun ini. Selepas menikmati bunyi deruan air baru langkah pertama bermula melalui tangga-tangga yang disediakan.
Tangga menanti untuk didaki, langkah demi langkah untuk terus mendaki hingga ke puncak. Laluan ini agak mudah dan lebih selamat bagi peserta yang baru berjinak dalam program pendakian dan meningkatkan kecergasan.
Trek yang mencabar melalui batu ini amat mendebarkan kepada yang sukakan cabaran. Tali direntang memudahkan pergerakan ke puncak. Tetapi, yang tidak biasa boleh guna laluan trek biasa mendaki.
Selepas 40 minit mengharungi trek yang mendaki tibalah hilltop merupakan tempat riadah dipuncak bukit ini. Tetapi, ini bukanlah puncak sebenar. Bagi pendaki, selagi belum jumpa beirut maksud misi menawan belum tercapai.
Beberapa langkah ke kanan hingga jumpa simpang ke Air terjun. Dua bangku dibina disimpang itu. Mendaki terus ke hadapan baru kelihatan beirut megah berdiri. Semasa berehat beberapa pengunjung turut tiba dipuncak Bukit Sungai Putih itu. Beberapa palari trail melepasi puncak untuk meneruskan larian mereka.
Trend terkini ramai yang menceburi trail run. Bukit Saga antara tempat yang sesuai untuk membuat latihan. Sempat bersembang dengan ultra trail runner dalam persiapan event di Hong Kong. Beliau akan mengharungi jarak 100km di permukaan gunung di sana. Menurutnya telah berlari marathon sebanyak 10 kali dan berlari di Titi dalam ultra 100km sebelum ini.
Kemudian kembali semula ke hilltop untuk melihat pelbagai aktiviti riadah di sana. Pelbagai latar belakang pengunjung pada pagi itu untuk beriadah dan berekreasi.

9W2DYA-5 diaktifkan di Bukit Saga

Pagi ini, dalam program jom kurus day hike sempat juga mengaktifkan stesen 9W2DYA-5.

9W2DYA-5 menggunakan aplikasi U2APRS bersama handy Baofeng serta antena nagoya NA-771 diketinggian 463 meter dari aras laut.

Beberapa stesen telah berjaya ditangkap beacon. Antara stesen tersebut bermula jam 9:27 hingga 10:50 pagi adalah;
9W2ZVB-9, 9W2ZSU-9, 9W2FTG-1, 9W2SVT-1, 9M2NIA-9, 9W2RGH-9, 9W2EDK-1, 9M4RTB-3, 9W2EDQ-9, 9M4RDG-3 dan 9W2EDQ.
Empat stesen telah berjaya mendapat packet ketika stesen 9W2DYA-5 diaktifkan hilltop Bukit Saga.
Stesen 9W2EDK-1 dan 9W2EDQ mendapat satu packet dengan jarak 27.7km. Stesen 9W2SVT-1 mendapat satu packet dengan jarak 4.9km. Seterusnya stesen 9W2FTG-1 mendapat satu packet dengan jarak 1.9km.

Stesen 9M2MZZ-10 di Bandar Sunway

Tengahari ini, kelihatan stesen 9M2MZZ-10 di Bandar Sunway. Stesen 9W2HHC -9 juga bermobile di Bandar Sunway.

DMR using SVT MMDVM HAT @ Kuala Lumpur Mini Maker Faire 2017

Come to Kuala Lumpur Mini Maker Faire on 25-26 November 2017 to see a live demo on DMR (digital voice) uaing SVT MMDVM HAT (DMR hotspot)








Jika anda mempunyai hand-held yang mempunyai fungsi digital mobile radio DMR bolehlah menggunakan SVT MMDVM HAT yang dibangunkan oleh Stanley Seow 9W2SVT.

Boleh melihat demostrasi oleh beliau kegunaan hotspot itu.
Stesen 9W2CEW mengaktifkan aprs menggunakan device ini.

Temui Stanley 9W2SVT untuk mendapat maklumat dan perkongsian daripada beliau di Kuala Lumpur Mini Maker Faire 2017.

Amateur radio vital when regular communication is out


9M4IOTA Pulau Langkawi

9M4IOTA LANGKAWI ISLAND AS-058

We are pleased to inform that 9M4IOTA will be back again this December and this time will be active at Langkawi Island (AS-058) from December 2 to 4, 2017.

This is the fourth appearance of this year after Tioman Island in March, Pangkor Island in July and Indah Island in September.

Langkawi, officially known as Langkawi the Jewel of Kedah (Langkawi Permata Kedah), is an archipelago of 104 islands in the Andaman Sea, some 30km off the mainland coast of northwestern Malaysia.

Final list of operator that will be our crew is 9M2OOO, 9M2JEP, 9M2VDX, 9M2MDX, 9M2ODX, 9W2FOR, 9W2BFZ, 9W2BMW & 9W2RGZ.


We will be QRV on 10m-80m in CW, SSB and Digital.

Don't forget to connect with us and hope to see you on air.

73 de 9M4IOTA

APRSCheckIn untuk Android

APRSCheckIn for Android.
Send your position and your current status in seconds. Download from https://www.sv2agw.com/beta/aprscheckin.apk

9M2KRZ-9 bermobile di Batang Kali

Kelihatan stesen 9M2KRZ-9 sedang bermobile dari Serendah ke Batang Kali merujuk Google map di atas.

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...