Jom Kurus day hike

Jom kurus day hike dianjurkan oleh Redah Adventure Explorer telah diadakan di Bukit Saga, Taman Saga, Ampang. Ia diadakan pada pagi ahad yang lalu pada 3 Disember 2017.
Tiba di tempat permulaan dan meletak kereta ditepi jalan. Ramai pengunjung telah tiba lebih awal dengan pelbagai aktiviti. Cuaca pagi ini mendung semacam hendak hujan.

Pemandangan indah Ibu kota disaji dari tepi jalan tempat kereta diletakkan. Begitu indah sekali suasana pagi diliputi awan mendung menyelubungi. Sebelah kiri bangunan pencakar langit yang baru menggapai awan.
Papan tanda menunjukkan arah ke trek laluan ke puncak. Laluan dari jalan besar masuk melalui Taman Melur dan ikut papan tanda sepanjang jalan ke Taman Saga.
Banyak perubahan muka bumi dilihat disini. Perubatan yang ketara untuk projek pembinaan lebuhraya Sungai Besi - Hulu Klang (SUKE).
Laluan tanah merah tapak lebuhraya di belakang Taman Saga. Hujung di sana bukit dipotong bagi laluan tapak pembinaan.
Semakin dekat kelihatan bukit ditarah menjejas kestabilan tanah yang boleh mengundang tanah runtuh. Larian air juga boleh berlaku ketika hujan turun menyebabkan sungai dan saliran air menjadi cetek. Akibatnya air melimpah dan memenuhi kawasan mengakibatkan banjir kilat.
Palong air yang keluar dari anak sungai Bukit Saga. Air bersih dan jernih keluar menuruni ke aliran seterusnya. Aie jernih terjadi dari kawasan simpanan hutan hujan yang menghijau menjadi puncanya. Jikalau, kehijauan hutan digondol oleh tangan-tangan yang rakus pasti aliran air semakin lesu dan hilang untuk tatapan pengunjung.
Kelihatan kesan larian air telahpun membentuk dilaluan tapak. Kecerunan bukit agak tinggi juga, serta pemotongan bukit yang menegak pasti menggusarkan penduduk yang tinggal berhampiran.
Inilah tempat permulaan pendakian yang disediakan tangga bersebelahan air terjun kecil sangat mengujakan bila tiba disini. Kegusaran pendaki apabila projek lebuhraya ini siap. Adakah laluan ini boleh dimasuki? Harap pemilik konsesi menyediakan laluan untuk pengunjung ke Bukit Saga.
Betapa cantik dan indahnya aliran air menuruni dicelah batu hampar. Bebas daripada pencemaran dan kerosakan hutan membolehkan ia dinikmati dengan penuh keinsafan. Bayangkan kalau bukit dan hutan dibahagian atas dicerobohi dengan projek pembangunan pasti anak cucu kita tidak dapat menikmati nya.
Air sangat sejuk boleh dirasa bila menyentuh di aliran yang menderu turun tanpa gangguan. Air yang menderu kelihatan banyak ini juga dipengaruhi musim hujan penghujung tahun ini. Selepas menikmati bunyi deruan air baru langkah pertama bermula melalui tangga-tangga yang disediakan.
Tangga menanti untuk didaki, langkah demi langkah untuk terus mendaki hingga ke puncak. Laluan ini agak mudah dan lebih selamat bagi peserta yang baru berjinak dalam program pendakian dan meningkatkan kecergasan.
Trek yang mencabar melalui batu ini amat mendebarkan kepada yang sukakan cabaran. Tali direntang memudahkan pergerakan ke puncak. Tetapi, yang tidak biasa boleh guna laluan trek biasa mendaki.
Selepas 40 minit mengharungi trek yang mendaki tibalah hilltop merupakan tempat riadah dipuncak bukit ini. Tetapi, ini bukanlah puncak sebenar. Bagi pendaki, selagi belum jumpa beirut maksud misi menawan belum tercapai.
Beberapa langkah ke kanan hingga jumpa simpang ke Air terjun. Dua bangku dibina disimpang itu. Mendaki terus ke hadapan baru kelihatan beirut megah berdiri. Semasa berehat beberapa pengunjung turut tiba dipuncak Bukit Sungai Putih itu. Beberapa palari trail melepasi puncak untuk meneruskan larian mereka.
Trend terkini ramai yang menceburi trail run. Bukit Saga antara tempat yang sesuai untuk membuat latihan. Sempat bersembang dengan ultra trail runner dalam persiapan event di Hong Kong. Beliau akan mengharungi jarak 100km di permukaan gunung di sana. Menurutnya telah berlari marathon sebanyak 10 kali dan berlari di Titi dalam ultra 100km sebelum ini.
Kemudian kembali semula ke hilltop untuk melihat pelbagai aktiviti riadah di sana. Pelbagai latar belakang pengunjung pada pagi itu untuk beriadah dan berekreasi.

Comments

Popular posts from this blog

Air Terjun Sungai Mahang, Nilai

Bercuti di Pulau Pangkor

Radio Amatur dalam SAR Broga

Bercuti di Cheringin Hills dan Berjaya Hills Bentong, Pahang

Renew Lesen

Perasmian Rumah Kelab PRADAS

Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun Negeri Sembilan

Balapan dan Padang MSSM 2013 kali ke-55 Pahang

Bercuti di Pantai Peranginan Port Dickson

Sharing from our friends in Melbourne