KM6BWB-11 High Altitude Weather Balloon launch

Awal pagi tadi sempat juga memantau belon KM6BWB-11. Rupanya pelancaran belon kaji cuaca di padang Mira Costa High School oleh pelajar 4 MBUSD Elementary School di Manhattan Beach California US.

Pelancaran jam 9 pagi waktu tempatan 25/3/2017 bersamaan jam 12 tgh malam waktu Malaysia.

13 stesen berjaya mendengar belon ini sepanjang penerbangan hampir 3 jam setengah.
Belon berjaya mencapai ketinggian
33,597 meter. Sehinggalah turun ke bumi semula di Salton sea. Mungkin telah menjunam ke dalam tasik itu. Rekod terakhir adalah bergerak 7km/h bearing 176 darjah dan altitud 348 m, suhu 18C dan tekanan 977mb.

Apa yang menariknya adalah pihak sekolah berjaya mengadakan aktiviti belon altitud tinggi. Kita di Malaysia setakat yang diketahui penulis hanya pusat pengajian tinggi sahaja yang pernah melakukan aktiviti belon altitud tinggi untuk tujuan kajian dan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa.

Dua pusat pengajian tinggi yang aktif adalah Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia melalui bidang kejuruteraan.

Bagi kita sebagai pengamal radio amatur melalui APRS aktiviti belon altitud tinggi memberi banyak kelebihan.

Sistem APRS setiap stesen dapat diuji keberkesanannya apabila penerbangan melalui setiap digipeater dan Igate.

Ia juga menambah minat tentang aeroangkasa apabila mereka bentuk peralatan yang sesuai untuk digunapakai.

Mungkin selepas ini dapat mewujudkan komuniti yang minat tentang belon altitud tinggi dalam ham dan masyarakat secara umumnya.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...