Total Pageviews

Tuesday, March 14, 2017

Group whatsapp AMSAT-MY

Malam tadi 13/3/2017 laporan dari rakan-rakan dalam group whatsapp AMSAT-MY berjaya contact melalui satelit Lapan A2 dan Fox 1A- AO85.
Sejak dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat menyebab pertambahan ahli mendadak. Sehingga petang ini jumlah ahli ialah 191/256.

Satelit Lapan A2 jam 21:58 telah mengaktifkan voice transponder. Hasilnya beberapa stesen berjaya membuat contact. Stesen YD0NXX, 9W2VRD, 9W2GEE, 9W2YUZ, 9M2YUT, 9W2BXN, YB3MBN, YB0AZ, 9W2UQU, YD3HNL, YC7VVA dan YC8VRS.

Manakala jam 23:48 laluan satelit Fox 1A - AO85, terdapat tiga stesen yang aktif ialah 9W2BXN,9W2VRD dan 9M2YUT

Group ini berjaya mencambah minat dalam komukasi satelit. Saban hari pasti ada stesen  baru yang berjaya membuat contact melalui satelit yang boleh menjangkau jarak yang lebih jauh lagi.

Pertukaran idea dan tunjuk ajar serta perkongsian ilmu dan pengalaman antara faktornya.

Hobi yang saintifik ini tidak dapat melalui pembacaan sahaja. Ia perlu dilakukan dilapangan dan dicuba barulah dapat menikmati keseronokkannya.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment