9W2DYA-1 KG Batu 10 Cheras Digipeater

Pagi tadi pergi ke Universiti Malaya Pusat Teknologi Maklumat untuk berjumpa Ikmal 9M2EDU. Tujuannya untuk mengambil Net51tnc APRS yang telah dipesan.

Ikmal juga mensetkan tnc ke 24volt digunakan untuk tenaga solar dalam perancangan masa hadapan.

Kami juga bersembang tentang perkembangan aprs yang agak perlahan di lembah klang terutamanya. Namun perkembangan APRS di Johor amat rancak . Satu-satunya negeri yang tidak aktif adalah Terengganu. Merujuk didalam group Myaprs dalam facebook, ada stesen yang menawarkan diri untuk memperkembang APRS di Terengganu. Komitmen ini harus disokong bagi membantu memperluaskan APRS ke seluruh Semenanjung.


Jikalau ramai stesen yang mengaktifkan tracker, secara tidang langsung juga pertumbuhan Igate dan Digipeater turut berkembang seiringan.

Rakan ham generasi baru lebih terdedah kepada teknologi maklumat seharus diberi pendedahan tentang mode digital seiring perkembangan teknologi terkini.


Seterusnya bersembang tentang server Myaprs yang berjasa. Server Myaprs 1 masih lagi down. Hanya tinggal kini Myaprs 2 masih lagi aktif.
Beliau memaklumkan kewujudan beberapa stesen di UM. Aku juga memaklumkan bahawa USM pada selasa depan 28 Ogos 2017akan melancarkan belon altitud tinggi jam 10 pagi.




No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...