Ekspedisi Menuju Puncak 2017

Program Ekspedisi Menuju Puncak adalah program untuk cubaan rekod rantaian Manusia terpanjang. Jam 3 petang rekod ini berjaya dicapai dengan seramai 4370 berjaya melakukan dari puncak gunung Angsi hingga ke kaki di Jalan Bukit Putus.

Ramai peserta telah berkumpul seawal pagi lagi di tapak permulaan trek. Sebelum pelepasan, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa dimulakan.


Peserta dibekal baju berwarna hijau manakala Marshall berbaju merah jambu. Baju yang terang ini memudahkan petugas mengecam peserta ketika berada di trek hutan. Peserta dilepaskan mengikut kumpulan berperingkat- peringkat. Ini penting bagi mengawal pergerakan dan keselamatan.


Kumpulan pertama membawa bendera terus ke puncak Gunung Angsi dengan penuh bersemangat. Jam 9 pagi kumpulan ini mula bergerak ke puncak. Sepanjang perjalanan terdapat tujuh checkpoint yang dikawal oleh anggota sukarelawan Nesrac. Perhubungan radio amatur dalam acara yang melibatkan jumlah peserta yang ramai memerlukan tahap keselamatan yang tinggi.


Kelab Nesrac diamanahkan oleh kerajaan Negeri selaku penganjur dalam mengendalikan perhubungan komunikasi radio. Sempat bersalaman didaratan dengan rakan Nesrac.


Beberapa set radio telah digunakan dalam program ini. Amat penting bagi memudahkan perhubungan radio tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini.


Antena dan radio yang dimiliki oleh Codan yang dikendalikan oleh Abg Weerut 9W2RUT.



Antena radio yang pelbagai jenis menghiasi di belakang Pusat Kawalan Komunikasi. Gambar antena antara sasaranku apabila adanya aktiviti radio. Antena farm kali ini menarik, kerana penggunaan set radio  lebih dari sebuah penggunaannya.
Setiap set digunakan untuk fungsi tertentu seperti berhubung rakan di puncak sahaja. Ada juga berhubung dengan semua rakan di checkpoint.



Senarai sukarelawan komunikasi yang terlibat sepanjang program semenjak dari semalam lagi. Sepanjang berada dikhemah komunikasi ini rakan Nesrac telah bekerja keras memastikan semua peralatan dan komunikasi berjalan lancar.  Beberapa stesen yang pernah QSO seperti abg Din Mega 9W2DGA, abg Ongah 9W2ONK, Pak Maulud 9W2LUD dan ramai lagi dapat bersalaman didaratan. Tahniah kepada semua atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan


Antara set radio yang digunakan sepanjang program turut melibatkan komuniti radio di Negeri Sembilan dan Selangor.


Tidak dilupa juga stesen mobile yang lengkap dengan set radio komunikasi.
Program ini juga, menerapkan semangat patriotik dalam kalangan peserta teruramanya generasi muda. Lagu yang menaikkan semangat turut diputar sepanjang perjalanan program dipentas utama.
Kolabrasi dengan anggota beruniform yang juga sangat erat setiap masa sehinggalah tamat. Umpamanya selepas objektif tercapai semasa peserta turun ke tapak program. Beberapa peserta telah mengalami kecederaan dan maklumat segera disampaikan ke pusat komunikasi oleh rakan yang menjaga checkpoint. Seterusnya disampaikan kepada pasukan penyelamat.
Rantaian manusia berjaya dilakukan jam 3 petang. Kerjasama semua sukarelawan yang hadir sanggup berpanas untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti di Pulau Pangkor

Air Terjun Sungai Mahang, Nilai

Radio Amatur dalam SAR Broga

Bercuti di Cheringin Hills dan Berjaya Hills Bentong, Pahang

Renew Lesen

Perasmian Rumah Kelab PRADAS

Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun Negeri Sembilan

Balapan dan Padang MSSM 2013 kali ke-55 Pahang

Bercuti di Pantai Peranginan Port Dickson

Sharing from our friends in Melbourne