Kunjungan ini juga, selepas berlatih digym dan singgah sebentar walaupun cuaca hujan pada petang itu. Abangnya Ariff tidak berkesempatan hadir kerana berlatih digym MSN. Malamnya pula,akan berlepas ke luar negara bagi menyertai kejohanan.
Bergambar kenangan berlatarkan keratan akhbar tentang kejayaan mereka berdua serta pasukan luncur ais. Moga ini juga menjadi inspirasi pelajar lain untuk mengikut jejak mereka mewakili negara. Setiap kali pelajar masuk ke bilik sukan pasti yang ada mengintai-intai mencuri membaca tentang kejayaan mereka.
Kejayaan ini sangat bermakna bagi warga SMKBTHO2 untuk meneruskan kecemerlangan dibidang akademik dan juga ko-kurikulum. Sahsiah diri yang baik serta sifat terpuji haruslah menjadi contoh pada pelajar lain. Sememangnya sesesuai menjadi ikon supaya menjadi ikutan buat adik-adik yang masih dibangku sekolah ini. Usaha tangga kejayaan.
Pingat emas daripada Royal Selangor yang cantik pasti menjadi kepuasan diri dan tidak dilupakan buat keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan. Bak berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Bukan mudah menggenggam impian yang telah lama diimpikan. Usaha tanpa kenal jemu dan semangat juang yang tinggi akhirnya membuahkan kejayaan. Rata-rata atlet yang mencipta kejayaan mempunyai cerita yang sama tentang pengorbanan. Terpaksa melupakan kesenangan bersama keluarga dan rakan demi negara tercinta. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Ameer seterusnya mengejar cita-citanya untuk layak bertanding ke Sukan Olimpik musim sejuk. Sebelum menggapai impian itu, terpaksa berjuang bertanding ke luar negara menyertai setiap kelayakan. Perjuangan berterusan tanpa kenal lelah pasti menuju kejayaan dan kegemilangan.Semoga Ameer dan Ariff berjaya menempa kejayaan ke puncak dunia. Warga SMKBTHO2 pasti mendoakan kejayaan anda berdua.
Malaysia Boleh! Yakin boleh!
No comments:
Post a Comment