TV Digital MY Freeview

 Perkembangan teknologi turut merubah teknologi penyiaran seluruh dunia daripada analog kepada digital. Teknologi digital membolehkan penonton menikmati kualiti gambar yang lebih baik terutamanya penggunaan tv HD.


Bagi ahli masyarakat yang ingin menerima signal digital ini perlu menyediakan radas yang sesuai. Dapatkan dekoder yang boleh menerima isyarat digital ini. Pastikan dekoder mempunyai fungsi DVB-T2 seperti Alphabox X6+ combo. Ia turut mempunyai fungsi DVB-S2 bagi penerimaan isyarat satelit. DVB merupakan Digital Video Broadcasting.




Antena yang sesuai pastilah antena HDTV Digital. Contoh Smart Digi model HD-12BPA1 14 elemen. Antena UHF menerima isyarat frekuensi 666MHz di lembah Klang. Jikalau rumah,  berhampiran stesen pemancar memadailah menggunakan antena 5 elemen sahaja. Selamat mencuba kerana My Freeview turut menyediakan siaran TV3HD selain TV Alhijrah. 

Sememang berbaloi jika menerima isyarat digital daripada My Freeview walaupun cuaca kurang baik berbanding penerimaan dari tv satelit. Ia percuma dan tidak memerlukan langganan. Hanya dapatkan dekoder dan antena yang sesuai.

1 comment:

  1. adakah frekuensi ini menyebabakan microphone wireless 700mhz tidak dibenarkan? sebab bila tengok fx tv macam dekat jek. katanya microphone ini tidak dibenarkan pada bulan Julai 2018.

    ReplyDelete

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...