Monitor V66 147.495MHZ 30/12/19

Bermobile dari Pekan Kajang lepas makan monitor di Nesrac. Kedengaran rakan QSO beberapa stesen, antaranya 9W2NQH, 9W2NQK, 9W2VDN dan 9W2HXO.

Pada asalnya 9W2NQH bersimplex di V30 bersama 9W2HXO. Namun audio 9W2NQH di Nilai telah memasuki pengulang Nesrac.

Tiba di UKM Bangi, 9W2NQH telah QSY bersama 9W2HXO di V66 147.495MHz. Audio 9W2NQH kedengaran readabilty 5/9 melalui jalan yang berliku-liku hingga ke base station. Tetapi tidak kedengaran audio 9W2HXO di Semenyih kebiasaannya.

Monitor dibase station Bangi lama masih terima readabilty 5/9 audio 9W2NQH base station di Nilai. Bekerja menggunakan radas Yeasu 2980 dengan bantuan antena Gazden. Tidak hairanlah audio beliau sangat jelas dan terang pada malam ini.

Audio 9W2HXO tidak kedengaran juga di base station. Jam 23:10 malam stesen 9W2HXO sign-off daripada frekuensi. Kemudian stesen 9W2NQK masuk memanggil 9W2NQH. Namun tidak kedengaran juga 9W2LQK kebiasaannya di Taman Delima, Kajang. Kemudian sign-off jam 23:17 malam.

Stesen 9W2NQH cuba memanggil stesen yang kedengaran audionya di Seremban yang sayup-sayup. Kemudian 9W2BDL di Seremban menjawab panggilannya. Stesen 9W2BDL juga tidak kedengaran dari Bangi Lama.

Tahniah kepada stesen 9W2NQH kerana bekerja dengan baik dalam simplex.

73, Jojet de 9W2DYA

9M4SSL-11 High Altitude Balloon @ Langkap Perak

Pelepasan belon altitude tinggi 9M4SSL-11 di Langkap Perak.
Berlepas dari padang sekolah SK Chikus  jam 11:15 pagi. Turut disaksikan oleh para Pentadbir SK Chikus yang memberi layanan yang sangat baik bagi pelepasan kali ini.



Ini merupakan pengalaman kedua penulis menyertai aktiviti pelepasan belon. Tahun lepas di SMK Sungkai pada 
17 Disember 2018. Pelajar USM kursus aeroangkasa pada kali ini lebih aktif dan kreatif. Pada kali ini,  dua antena UHF dan VHF ditegakkan dengan mendapat bantuan dari REAKSI Kerian. Memandangkan kampus mereka berhampiran dengan rumah kelab maka memudahkan  mendapat bantuan dan tunjuk ajar berkaitan komunikasi radio.


Segala teori di dalam kelas diamalkan dan diguna sepenuhnya dalam latihan lapangan seperti ini. Banyak pengalaman dan pembelajaran dapat diperolehi dengan bantuan pensyarah Dr Norilmi Amilia. 


Perkakasan eletronik di tapak payload yang mempunyai pelbagai fungsi dalam projek setiap orang. Sebelum dilepas ke udara, ia diuji agar dapat berfungsi dengan baik ketika penerbangan.


Pengisian belon oleh En Ismail dan dibantu oleh dua pelajar. Menggunakan gas Hidrogen yang mudah terbakar menyebabkan penulis menjauhkan diri daripada proses ini. Tong gas hidrogen berwarna merah berlainan dengan tong gas helium berwarna putih.
Belon meteorological 1000gm dipilih untuk penerbangan. Gas diisi hampir 4kg sebelum dilepaskan ke udara.


Penggunaan gas hidrogen semasa pelepasan dilihat lebih perlahan ke udara berbanding penggunaan gas helium. Mungkin juga berat payload turut mempengaruhi pergerakan ke udara.


Cuaca pagi itu sangat baik. Ketika itu juga, sekumpulan burung bangau berlegar di sekitar ruang udara padang. Namun ketika pelepasan, sekawan burung ini sudah tiada untuk memberi laluan kepada belon. Maklumlah bahawa burung juga boleh membawa kemalangan kepada kapal terbang. Inikan pula belon yang nipis sekali langgar pasti boleh menjatuhkannya.


PITS atau Pi in the sky komponen elektronik disertakan dengan transmitter aprs 144.390MHz. Seronoknya pada penerbangan tahun ini turut mengaktifkan APRS. Isyarat panggilan yang digunakan adalah 9M4SSL-11 dengan objek belon. Kelihatan GPS yang digunakan untuk menentukan kedudukan dan ketinggian belon.


Dua buah kamera digunakan semasa penerbangan untuk merakam detik-detik yang bersejarah ini. Kamera pertama memfokuskan horizon berlatarbelakangkan logo 50 tahun USM. Kamera kedua kedudukan vertikal mengambil gambar belon terutama saat belon melepasi ketinggian maksimum lalu mengempis.


Persiapan terakhir dengan memeriksa semua perkakasan dapat berfungsi dengan baik oleh Shamsul melalui laptop. Payload dari bahan komposit yang tahan tekanan udara digunakan.



Senarai semak diperiksa setiap satu seperti yang dirancang. Mengikut jadual belon akan dilepaskan pada jam 11:00 pagi. Ia perlu dimaklumkan kepada Menara kawalan ATC. 


Belon di bawa ke tapak pelancaran. Payung terjun yang berwarna kuning sudah sedia untuk pelancaran.  Cuaca amat baik dengan awan putih dan langit biru.


Payload telah berada dalam keadaan baik dengan segala perkakasan berada di kedudukan sepatutnya. Ia perlu ditimbang terlebih dahulu. Berat lebih 2kg ditambah dengan berat belon menjadikan hampir 7kg. Ukuran berat diambil untuk digunakan kiraan jangkaan belon mendarat.



Setelah ukuran diambil payload disambung ke tali payung terjun pada belon. En Ismail mengambil ukuran dan membuat pemeriksaan terakhir.


Dua orang yang setia dengan belon sejak dari pengisian gas hinggalah saat untuk dilepaskan. Bukan mudah untuk mengendalikan belon sebegini besar. 


Terpancar wajah kepuasan berjaya mengendalikan belon dengan baik. Terpaksa menjaga belon yang beratnya hampir 5kg.


Belon berjaya dilepaskan pada 11:15 pagi selepas memaklumkan pada menara kawalan ATC. Sebelum itu, sesi gambar kenangan beramai diambil sebagai dokumentasi.


Stesen 9M4SSL-11 diaktifkan jam 10:45 pagi mendapat packet daripada Igate penulis 9W2DYA-5. Jadi, pelajar berjaya mengaktifkan aprs dengan baik. Walaupun kawasan penerbangan tiada Igate dan digipeater berhampiran. Percubaan mendapatkan sebanyak packet adalah penting bagi mengesan kedudukan belon setiap detik. Ini pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar  sebagaimana aprs dapat digunakan dalam menjejak belon.


Payload bersedia untuk penerbangan, kelihatan kamera, antena radio, gps dan sportracker merupakan device gps. Payload dihubungkan menggunakan karabiner antara payung terjun dan belon.


Cuaca yang baik saat pelepasan membolehkan belon dilihat hingga titik terakhir dengan mata kasar. Hampir ketinggian 10k juga penulis bersama Shamsul menjejak belon di udara. Selain menjejaknya di laman sesawang APRS.FI



9M4SSL-11 berjaya direkodkan hingga ketinggian 27723m pada jam 12:38 tengahari. Kedudukan itu berdekatan dengan Kampung Parit Jerman, Teluk Intan. Mendapat 13 packet dari Igate 9W2EDK-1 di Bandar Saujana Putra dengan jarak 147.77km. 



Stesen 9W2DYA-5  66 packet dengan jarak paling jauh adalah 22.04km. Selain itu. terdapat 2 stesen menghantar packet ke 9M4SSL-11 iaitu stesen 9W2RGH-1 di Pelabuhan Klang  6 packet  jarak 134.61km dan stesen 9M4GPT-1 di Sungai Buloh 1 packet dengan jarak 114.04km.


Packet terakhir 9M4SSL-11 pada jam 1:14 petang dari stesen 9W2RGH-1 dengan ketinggian lebih 8 ribu meter berhampiran laut.
Aina Natasha salah seorang pelajar dalam kumpulan ini telah mengesahkan bahawa payload telah jatuh di laut dan tidak dapat dijumpai.

73, Jojet de 9W2DYA



Stations that heard 9M4SSL-11 directly during December 2019.
StationNumber of packetsLatest heardLongest distance
Symbol  9W2DYA-56612/23/2019 12:33:05 PM+08:0022.04 km
Symbol  9W2EDK-11312/23/2019 12:38:05 PM+08:00147.77 km
Symbol  9W2RGH-1612/23/2019 1:14:04 PM+08:00134.61 km
Symbol  9M4GPT-1112/23/2019 12:11:08 PM+08:00114.04 km
Symbol  9M4SSL-5112/23/2019 2:19:44 PM+08:000 km

http://9w2dya.blogspot.com/2018/12/high-altitude-balloon-sungkai-2018_17.html

Tour De Selangor stage 3 Cyberjaya - Bukit Jugra

Pagi ini pelepasan pelumba Tour de Selangor peringkat 3 di Majlis Perbandaran Sepang Cyberjaya.

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...