Monitor V47

Malam ini bermula jam 9:14 malam berkesempatan monitor V47 dari base Bangi Lama. Kedengaran stesen Irwan 9W2CDC dan Zack 9W2ECK sedang berQSO. QTH abg Irwan 9W2CDC di Nilai, manakala abg Zack di Bandar Baru Salak Tinggi.

Kemudian jam 9:16 malam abg Jep 9W2VMJ masuk bergabung dari Kajang. Makan sambil monitor waktu itu pula Pak Kamal 9W2EZR juga di Nilai. Terima kesemua stesen adalah sangat baik readability 5/9 dari Bangi Lama.

Seterusnya selepas makan barulah Pak Kamal 9W2EZR masuk bergabung. Stesen 9W2ECK memancar dengan kuasa pancaran sebanyak 10watt. Kelebihan base dikawasan tinggi membolehkan bekerja dengan baik hingga lebih jauh. Stesen 9W2CDC pula memancar dengan kuasa pancaran 50watt. Ketinggian antena diletak ditingkat atas pada rumah 2 tingkat. Base Pak Kamal 9W2EZR berdekatan dengan Abg Irwan 9W2CDC.

Stesen yang paling jauh adalah abg Jep 9W2VMJ di Kajang. Kadang audio sedikit menurun ke R4 tetapi secara keseluruhan dapat dicopy baik 5/9.


Credit 9W2VMJ
Radio yang digunakan oleh abg Jep pada malam ini. Kesemua stesen bertanya tentang radio jenama Motorola. Bertukar maklumat dan fikiran serta sempat mendapatkan nombor contact.

Jam 9:48 malam Pak Kamal 9W2EZR keluar dari frekuensi atas urusan peribadi. Selepas itu, abg Jep 9W2VMJ mendarat juga jam 9:53 malam kerana ada urusan dengan rakan dibase.

Kemudian, jam 9:54 malam Pak Hamdan 9W2HXO di Semenyih membuat uji pancar. Kali ini terima audio Pak Hamdan readability 5/9 dari Bangi. Beliau menguji antena vertical yang baru diletak pada ketinggian 20 kaki.

Akhirnya jam 10:13 malam Pak Hamdan 9W2HXO pun mendarat selepas berjaya menguji pancar kemampuan antena yang baru diletak itu. Tinggallah dua stesen dijalur, 9W2CDC dan 9W2ECK bertukar-tukar pengalaman.

Jam 10:24 malam abg Irwan 9W2CDC memulakan langkah untuk mendarat diikuti abg Zack 9W2ECK yang terus monitor dijalur.

73, Jojet de 9W2DYA

 


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...