Simpleks V40

Hari ini sempat berQSO bersama beberapa stesen. Sahaja memanggil di calling channel V40 145.500MHz pada jam 2:40 petang. Panggilan disahut oleh abg Wan Zul 9W2VQL di Bukit Mahkota. Jiran sebelah taman. Saya di Bandar Seri Putra, Bangi manakala beliau di Bandar Bukit Mahkota, Bangi.

Oleh kerana berjiran, terima audio beliau readability 5/9. Memancar dengan kuasa 5 watt. Kelebihan di Seksyen 5, Bukit Mahkota ini merupakan kawasan berbukit yang tinggi. Manakala, base aku di kawasan lembah bersebelahan Sungai Semenyih dekat Pekan Bangi Lama.

Kemudian QSY, ke V47 145.5875MHz. Masuk pula, abg Ayub 9W2VDN untuk menguji pancar penerimaan denganku jam 2:53 petang. Abg Ayub memancar dengan kuasa 22 watt dari Presint 9. Terima beliau readability 5/9 crystal clear. Ketika itu juga, abg Ayub maklumkan ada seorang rakan sedang uji pancar dari Dengkil iaitu 9W2TDG. Tetapi tidak kedengaran audionya. negative copy. Selepas sudah mendapat  tahu my working condition, abg Ayob QRT.

Seterusnya, Pak Hassan 9W2CLA di Presint 14 masuk bergabung. Sebenarnya ini kali kedua  berQSO dengan 9W2CLA. Sebelah pagi jam 9:15 di V38 145.475MHz. Pak Hassan juga menerima audio satu rakan. Rupanya abg Achik 9M2VMW di Kajang masuk bergabung. Beliau hanya mendengar aku tekan ptt sahaja tidak dapat menerima sebarang audio. Semasa 9M2VMW memancar 50 watt aku dapat terima readability 5/9.

Rakan FB Danial Wafiq ada merakam video semasa qso ini berlangsung. Boleh ke FB beliau untuk menonton rakaman tersebut. Ketika itu beliau bermobile di Lenggeng.

Jam 3:29 petang aku mohon mendarat kepada kedua stesen. 9W2CLA dan 9W2VQL meneruskan perbualan dijalur selepas itu.

jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet de 9W2DYA



No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...