Stesen BG2DLW di perairan Pontian

 



Stesen BG2DLW maritime mobile dilihat berada di perairan Pontian, Johor. Radas yang digunakan adalah handheld Yaesu VX-8. Mendapat packet dari stesen VK6RTH-3 sejauh 3939.2km di Perth, Australia.

    Kemudian turut mendapat packet dari VK6AHR-3 sejauh 3957.3km. Sehingga jam 8.43 malam stesen ini masih tidak berganjak koordinat 1 darjah 25.75' Utara dan 103 darjah 06.72' Timur.

   Sementara itu, stesen UR5FSV-8 telah berada di Pulau Mauritius. Pelayaran Alp Keeper towing FSRU mungkin menghampiri destinasi dituju. UR5FSV-7 kali terakhir dilihat di Acheh pada 13 April yang lalu.

Penjejakan dan Komunikasi Satelit di Angkasa

 *Ikuti lanjutan Sesi Radio Amatur Satelit “ Penjejakan dan Komunikasi Satelit di Angkasa” bersama komuniti AMSAT-MY - Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS) bersempena Minggu Sains Negara dan Sambutan Hari Radio Amatur Sedunia.*


Saksikan secara langsung di Facebook & Youtube (MYSA dan MARTS.MALAYSIA) pada ketetapan berikut.

*Tarikh : 18 April 2021 @ AHAD*
*Masa : 8.30 pagi sehingga 5.30 petang*

Dibawakan oleh MYSA dengan kerjasama rakan strategik MARTS.

Sijil penyertaan (e-Sijil) akan disediakan.
Cabutan Bertuah kepada peserta.

https://fb.me/e/2CZUkYFAB

#MOSTI
#MYSA
#MARTS
#AMSATMY
#MingguSainsNegara
#WARD
#IARU
#MSN2021
#sainsuntukkesihatan
Facebook
Literature event by Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society - MARTS on Sunday, April 18 2021
*Ikuti lanjutan Sesi Radio Amatur Satelit “ Penjejakan dan Komunikasi Satelit di Angkasa” bersama komuniti AMSAT-MY - Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society (MARTS) bersempena Minggu Sains Negara dan Sambutan Hari Radio Amatur Sedunia.*

Saksikan secara langsung di Facebook & Youtube (MYSA dan MARTS.MALAYSIA) pada ketetapan berikut.

*Tarikh : 18 April 2021 @ AHAD*
*Masa : 8.30 pagi sehingga 5.30 petang*

Dibawakan oleh MYSA dengan kerjasama rakan strategik MARTS.

Sijil penyertaan (e-Sijil) akan disediakan.
Cabutan Bertuah kepada peserta.

https://fb.me/e/2CZUkYFAB

#MOSTI
#MYSA
#MARTS
#AMSATMY
#MingguSainsNegara
#WARD
#IARU
#MSN2021
#sainsuntukkesihatan
Facebook
Literature event by Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society - MARTS on Sunday, April 18 2021


    Stesen UR5FSV-8 berada di perairan utara Sumatera

     



    Hari keempat memantau stesen maritime mobile UR5FSV-8. Kelihatan tengahari ini berada di utara perairan Sumatera. Pada kali ini stesen UR5FSV-8 menggunakan  APRSdroid. 

    Turut diaktifkan adalah UR5FSV-7 turut menggunakan APRSdroid.


    Oleh kerana tiada digipeater dan igate berhampiran. Pemilihan APRSdroid merupakan pilihan terbaik bagi memastikan aktif berterusan  dalam aprs. 



    Jam 2.20 petang, masih kelihatan stesen UR5FSV-8 tidak bergerak ke mana-mana. Turut kelihatan dilayar adalah stesen YB6ABO-N.





    Stesen UR5FSV-7 di perairan pelabuhan Klang

     



    Hari kedua memantau stesen UR5FSV-7, telah berada di perairan Pelabuhan Klang. Pada jam 3.15 petang kelihatan kelibat stesen ini di sekitar perairan Klang.

    Pergerakan sejauh 11km/j dipaparkan pada paparan stesen ini. Turut ditulis adalah sedang towing FSRU. Pada petang ini mendapat packet 9M4RCH-3 Gunung Brinchang, Cameron Highlands Pahang.


    Pada jam 4.41 petang pula. Igate 9W2DYA-10 berjaya mendengar 2 beacon 9W2UHF-9 bermobile melalui lebuhraya PLUS. Stesen 9W2UHF ingin pulang ke selatan tanahair. Jarak antara stesen 9W2UHF-9 dengan Igate 9W2DYA-10 adalah 580m sahaja.



    Stesen UR5FSV-7 sudah belayar di Selat Melaka



    Malam ini kelihatan stesen UR5FSV-7 telah mula berlayar di Selat Melaka. Pelayaran mendapat packet 9M4RJN-3 Bukit Banang di Batu Pahat, Johor. Kapal Alp Keeper pulang semula selepas beberapa hari kelihatan di Singapura. Bergerak dengan kadar 11 km/j merentasi Selat Melaka ke arah bearing 294 darjah.

    Jam 10.28 malam masih lagi mengekalkan kelajuan 11km/j. Bearing 293 darjah. Kali terakhir stesen ini direkodkan oleh penulis melalui blog ini adalah pada tahun 2018.

    Jam 10.32 malam tetap mengekalkan kelajuan 11km/j dengan bearing 297 darjah. Manakala jam 10.42 malam, kelajuan bertambah menjadi 13km/j dengan bearing asal 294 darjah.

    Jam 11.00 malam masih lagi mengekalkan kelajuan 13km/j dengan bearing 291 darjah. Seterusnya jam 11.10 malam terus mengekalkan kelajuan 13km/j. Masih mendapat packet dari puncak Bukit Banang, Batu Pahat dengan jarak 110.7km.

     

    UR5FSV-7 di Pulau Bukom

     



    Stesen UR5FSV telah muncul kembali di selatan tanahair. Sudah lama tidak kelihatan ia bertandang di Selat Melaka ini. Selepas pandemik covid-19 yang masih berlaku. Barulah kelihatan di aprs.fi.

    Paparan di atas pada 4 April 2021 menggunakan aplikasi APRSdroid. Pada pagi ini, stesen UR5FSV-7 menggunakan handheld TH-D74 berjaya mendapat beberapa packet.




    Masuk Parit

      Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...