Malam ini kelihatan stesen UR5FSV-7 telah mula berlayar di Selat Melaka. Pelayaran mendapat packet 9M4RJN-3 Bukit Banang di Batu Pahat, Johor. Kapal Alp Keeper pulang semula selepas beberapa hari kelihatan di Singapura. Bergerak dengan kadar 11 km/j merentasi Selat Melaka ke arah bearing 294 darjah.
Jam 10.28 malam masih lagi mengekalkan kelajuan 11km/j. Bearing 293 darjah. Kali terakhir stesen ini direkodkan oleh penulis melalui blog ini adalah pada tahun 2018.
Jam 10.32 malam tetap mengekalkan kelajuan 11km/j dengan bearing 297 darjah. Manakala jam 10.42 malam, kelajuan bertambah menjadi 13km/j dengan bearing asal 294 darjah.
Jam 11.00 malam masih lagi mengekalkan kelajuan 13km/j dengan bearing 291 darjah. Seterusnya jam 11.10 malam terus mengekalkan kelajuan 13km/j. Masih mendapat packet dari puncak Bukit Banang, Batu Pahat dengan jarak 110.7km.
No comments:
Post a Comment