Kem Aspirasi Pemimpin Muda telah berlangsung pada 24 dan 25 Julai 2026. Seramai 123 orang murid telah menyertainya. Kem ini bertempat di Resort Iman DSemungkis, Hulu Langat. Beberapa orang guru dari unit Ko-kurikulum turut terlibat. Sepanjang dua hari satu malam ini, segala aktiviti dikendalikan oleh syarikat perunding motivasi dan latihan Smart Legacy Solution.
Para peserta yang terdiri pelbagai ahli unit beruniform telah berkumpul di SMKBTHO2. Selepas solat jumaat sebanyak tiga buah bas telah bertolak ke Kampung Sungai Semungkis. Penulis bersama Ustaz Suyuti serta 42 orang peserta lelaki sahaja. Dua buah bas lagi dipenuhi peserta perempuan bersama tiga orang lelaki. Selepas hampir sejam perjalanan destinasi tiba dengan selamat. Persekitaran menghijau menyambut peserta kem.
Turun dari bas peserta bergerak ke bawah berjalan kaki hingga ke resort. Para Jurulatih telah menyambut peserta dan mengumpulkan peserta ke dewan. Penulis bersama Ustaz menunggu bas yang ketiga tiba. Setelah ke semua sampai barulah bergerak beramai-ramai ke bawah berjalan kaki menuruni bukit yang agak curam. Suasana agak gelap kerana cuaca ketika itu agak mendung.
Masuk kawasan resort bergerak melalui dewan makan terlebih dahulu. Kemudian bergerak turun menggunakan tangga ke jambatan melintasi Sungai Semungkis yang jernih airnya. Melepasi jambatan sungai terpaksa melalui jambatan melintasi kolam mandi pula. Naik tangga sekali lagi terus ke padang merupakan kawasan lapang untuk aktiviti. Kawasan ini di kelilingi blok penginapan. Dewan aktiviti terletak di tingkat bawah.
Setelah ke semua sampai ke padang, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Nasib baik peserta dua bas yang awal telah berada di dalam dewan. Maka, peserta bas yang ketiga bergegas pula masuk ke dewan. Para guru pengiring pula berkumpul di bawah khemah atas bangunan stor. Setelah mendapat penginapan, barulah semua peserta memasukkan bagasi ke dalam asrama masing-masing. Manakala bilik penginapan guru pula untuk lima orang.
Kemudian peserta solat asar berjemaah. Peserta lelaki berjemaah di dewan utama manakala peserta perempuan solat di surau bersebelahan dewan makan. Selepas solat asar, semua peserta makan nasi. Jurulatih mencedok nasi dan lauk serta dihidangkan terlebih dahulu. Cara ini akan mencepatkan proses menghidang makanan. Para peserta duduk bersama hidangan masing-masing. Setelah ke semua mendapat makanan barulah bacaan doa dimulakan. Menikmati hidangan pasti menyeronokkan bersama rakan-rakan.
Setelah habis hidangan, perlulah membasuh sendiri pinggan dan gelas minuman. Latihan ini bagus mendidik semua sifat bertanggungjawab serta kebersihan. Pasti dapat elakkan pembaziran juga. Ini kerana makanan yang dicedokkan mengikut keperluan. Jikalau hendak tambah bolehlah mengambil sekali lagi tanpa pembaziran. Air minuman tapis juga turut disediakan oleh pihak resort. Peserta boleh mengisi minuman ke dalam botol air masing-masing.
Usai makan aktiviti pertama petang itu adalah kawad asas. Kawad kaki ini mengajar tentang disiplin diri terutama patuh pada arahan komander. Sebelum itu, lantikan Penghulu dan Penghuluwati telahpun dibuat ketika taklimat dalam dewan. Semua unit beruniform telah mempelajari kawad asas yang sama sahaja. Peserta belajar patuh mendengar arahan serta fokus dengan tindakan. Tindakan perlu tepat mengikut arahan yang diberikan. Jika gagal, pasti tidak selari dengan arahan serta tidak harmoni pada pergerakan tersebut.
Habis aktiviti berkawad, persiapan diri madi dan solat pula. Setiap asrama mempunyai bilik mandi dan tandas. Katil dua tingkat untuk peserta bermalam dengan selesa. Lokasi resort di lembah bukit pasti memberi suasana nyaman dan damai. Setelah selesai solat maghrib barulah makan malam. Selesai makan sambung solat isyak pula. Kemudian barulah bermula aktiviti di dewan utama.








.jpg)

No comments:
Post a Comment