Pagi ini muncul lagi radiosonde DFM09P 19026452 yang terbang di Selat Melaka diperairan antarabangsa. Bersebelah peraiaran Selangor berhampiran Sekinchan dan Tanjung Karang. Hari kedua berturut belon DFM09P muncul. Semalam di Laut China Selatan, manakala pagi ini muncul di Selat Melaka pula.
Jam 7:51 pagi telah muncul belon KLIA D22028957 altitud ketinggian 6428m. Terdapat dua belon pagi ini di sebelah negeri Selangor.
Jam 8:16 pagi telah mencapai altitud ketinggian 17,986m pada koordinat 3.32309 darjah Utara dan 100.1647 darjah Timur. Frekuensi 402.025MHz.
Jam 8:37 pagi berjaya hingga altitud ketinggian 21,709m pada koordinat 3.31387 darjah Utara dan 100.22046 darjah Timur. Frekuensi 402.028MHz.
Jam 9:50 pagi mencapai ketinggian maksimum 36,368m. Belon telah pecah selepas melepasi ketinggian itu. Mungkin jatuh di kawasan laut antarabangsa Selat Melaka. Semalm di Mersing altitud ketinggian mencapai 37,229m manakala hari ini 36,368m. Melebihi 35 ribu meter ketinggian yang dicapai untuk model DFM09P.
73, Jojet de 9w2dya