Hari ini berjaya melancarkan enam misi SAR belon KLIA. Tiga daripadanya berjaya ditemui. Namun satu hanya jumpa belon dan benang sahaja. Mungkin pekerja ladang sawit mengambilnya atau monyet telah mengganggunya.Belon KLIA sebelah menjadi sasaran utama sebelum mencari yang lain. Belon-belon ini disimpan dalam tempoh seminggu sebelum keluar mencarinya. Maklumlah setiap hari semua pemburu belon ada tugasan masing-masing. Hanya hujung minggu bagi yang berkelapangan boleh turun mencarinya.
Pagi ini, belon KLIA jatuh di Kg Hulu Chuchoh. Memandu dari Bangi terus melalui Litar Sepang sebelum melalui jalan pintas yang tidak berapa nak elok. Tiba dititik akhir kedengaran isyarat berjaya ditangkap keluar corong radio. Jarak 224m di atas merupakan jarak kereta diletakkan ke titik akhir. Meletak kereta ditepi jalan. Tanpa berlengah terus mengaktifkan rdzTTGOsonde bagi mendapatkan koordinat terbaru.
Misi ke-2 Radiosonde D22028648
Misi ke-3 Radiosonde D22028626
Misi ke-4 Radiosonde D22028638
Misi ke-5 Radiosonde 22028607
Misi ke-6 Radiosonde D22028502
No comments:
Post a Comment