Hari sabtu hujung minggu ini mengambil peluang mencari radiosonde berbaki yang jatuh sekitar rumah. Ada dua masih belum dicari jatuh di Pajam dan Semenyih.
Misi pertama ke Pajam melalui Jalan Enam Kaki dari base station di Bangi Lama. Radiosonde D22028708 jatuh di Kampung Staffield, Pajam. Koordinat 2.83742 darjah Utara dan 101.86536 darjah Timur. Setkan sahaja koordinat tersebut pada google map. Terus ia akan bawa ke destinasi yang dituju. Tiba destinasi, bertanya kepada tuan punya tempat. Ia menunjukkan bahawa kawasan yang ingin aku cari adalah terpaksa keluar dari kawasannya. Akupun cuba memasuki kawasan tersebut tetapi banyak anjing dalam rumah orang.
Lalu mengambil kereta semula terus masuk ke belakang kawasan. Meletak kereta di sebelah kuil dan kandang lembu. Terus menuju ke belakang bangunan yang mula sampai tadi. Selisih dengan uncle tuan punya anjing yang menyalak tadi. Memaklumkan kehadiran serta menunjukkan peranti yang di cari. Setelah memaklumkannya terus hala ke kandang kambing. Ternyata peranti dan belon berada elok di atas rumput belakang bangunan itu. Jarak hanya 12.6m ke titik akhir bagi altitud ketinggian 217m.
Manakala, hasil cerapan bagi peranti adalah 2 darjah 50.2445' Utara dan 101darjah 51.9179' Timur. Kedengaran kambing mengembek ketika tugasan merekod dilakukan. Sebab itu misi yang tidak ketahui lokasi belon jatuh sangat sesuai pergi sebelah siang sahaja. Ini penting bagi tujuan keselamatan diri dan persekitaran.
Kedudukan peranti ketika ditemui di atas tanah yang agak berumput. Baja semulajadi dipersekitaran yang banyak tidak menggalakkan pertumbuhan. Ini kerana ia sentiasa diragut dan dipijak haiwan ternakan tersebut. Nasib baik beberapa ekor angsa tidak datang menyerang. Elok sahaja ia menyambut kedatanganku semasa baru keluar dari kereta.
Kedudukan benang menghala ke belon yang berada di hadapan. Arah angin yang tepat semasa mendarat digambarkan dalam tangkap layar. Elok sahaja berada di atas rumpu tersebut setelah beberapa hari telah jatuh. Agak risau jikalau ia masuk dalam kawasan kandang lembu dan kambing itu.
Belon pecah sepenuhnya bagi altitud ketinggian maksimum 28,997m. Manakala belon hijau kekal elok membantu peranti mendarat ke bumi dengan baik sekali. Kemudian mengemas terus pergi ke kereta semula. Selisih dengan uncle di rumahnya itu sambil menunjukkan hasil pencarian. "Ini uncle! saya sudah jumpa," sambil menunjukkan kepadanya sambil tersenyum kegirangan.
Setelah melaporkan kejayaan di laman sesawang Sondehub, meneruskan pemanduan ke Ecohill 2. Singgah makan terlebih dahulu sebelum meneruskan misi kedua pula. Setelah kekenyangan terus ke Masjid Batu 3 Bangi untuk solat zohor berjemaah terlebih dahulu.
Usai solat terus masukkan koordinat pada google map. Radiosonde D22028952 jatuh 11 Januari 2023. Koordinat 2.93659 darjah Utara dan 101.81539 darjah Timur. Lokasi dalam kawasan kebun di Batu 2 Jalan Bangi, Semenyih. Tiba disimpang tiga meletakkan kereta di situ. Aku menjangkakan jalan tidak elok jika terus masuk ke dalam.
Simpang tiga menjadi lokasi meletak kereta kerana mempunyai ruang luas bagi kenderaan melepasi keretaku. Rela berjalan kaki daripada risiko kereta tersangkut akibat jalan yang tidak berapa pasti eloknya. Membawa beg sandang berisi air sebotol dan radio bagi kecemasan. Laluan terus ke kawasan kolam ternakan ikan yang berpagar.
Ada tiga kolam ternakan ikan di dalam kawasan ini. Pengusaha menggunakan kincir air bagi memastikan bekalan oksigen sentiasa banyak. Terdapat sebuah rumah di bina dalam kawasan ini.
Kawasan berpagar sebelahnya seperti kawasan kebun yang ditinggalkan. Kemudian, berpatah balik menyusur laluan dihadapan kawasan kolam. Terus berjalan mengikut gps waypoin finder. Mencari bekas laluan yang mudah bagi ke tempat sasaran. Kawasan sangat bersemak namun masih boleh dilalui berdasarkan pengalaman yang ada. Kelihatan beberapa batang pokok durian yang sedia ada ditanam. Kawasan lain, tiada penanaman diusahakan.
Dua lapisan pintu pagar dibina oleh pengusaha kolam ikan. Nasib baik tiada cctv. Bolehlah tunjuk peace pada kamera tersebut.
Kawasan terbiar dipenuhi semak tanpa diusahakan sebarang penanaman. Ada kelihatan beberapa batas, tapi pokoknya seperti sudah mati terbiar.
Sebuah kolam terbiar disebelah kolam ikan yang diusahakan. Melepasi kolam ini untuk ke titik akhir di atas bukit yang bersemak.
Laluan yang perlu diharungi ke titik akhir. Kelihatan beberapa batang pokok durian di kawasan dusun ini. Bukit yang diratakan kemudian ditinggalkan menyebabkan semak yang agak tinggi. Sangat sukar untuk melepasi halangan namun semangat menyempurnakan misi terus digagahi jua.
Semak yang tinggi dikawasan pencarian. Mencari laluan yang mudah dilalui bagi menjimatkan tenaga melepasi rumput dan lalang melepasi lutut. Sangat memenatkan untuk mengharungi, ditambah dengan kecerunan bukit.
Berjaya ke titik akhir dengan bacaan jarak 2.8m. Mencari ke arah utara bagi altitud ketinggian terakhir 142m. Kawasan sangat mencabar dengan semak yang tebal melepasi pemandangan. Terus juga berusaha ditambah mentari agak panas juga walaupun sudah jatuh.
Arah dijangka belon jatuh, tiada sebarang kelibat yang boleh menjadi pedoman. Sangat sukar dan mencabar dalam persekitaran sebegini. Tetap terus mencari sehingga hati telah puas untuk berhenti. Menghantar laporan ke laman sesawang Sondehub atas kegagalan mencarinya.
Kawasan titik akhir puas mencari berdekatan kawasan tersebut. Bagi latitud ketinggian akhir 142m adalah sangat rendah. Ia mungkin ada dipersekitaran tetapi tidak nampak akibat semak yang tebal ini. Pokok-pokok renek yang tinggi pula tiada benang kelihatan. Biasanya pokok seperti ini menjadi penghalang besar belon terus bergerak.
Laluan yang kurang semak menjadi pilihan untuk melaluinya. Ia lebih mudah dan pantas untuk terus bergerak ke hadapan. Seterusnya mencari jalan keluar semula ke laluan masuk tadi.
Laluan yang dijejaki boleh dilihat melalui laman sesawang aprs.fi. Ia secara real time atau secara langsung dapat dipantau semasa pencarian ini dilakukan. Nasib baik liputan talian telekomunikasi sangat baik walaupun persekitarannya agak pedalaman. Boleh dilihat ada empat kawasan bulat merupakan kolam. Tiga daripadanya diusahakan manakala satu lagi adalah terbiar.
Kawasan bersemak atas bukit itulah kawasan belon KLIA jatuh. Tiada rezeki pada kali ini untuk membawa pulang peranti. Pengalaman berada dikawasan ini boleh menjadi panduan jika ia jatuh sekali lagi disekitar kawasan ini.
Jumpa sahaja laluan kenderaan terus ke kanan tidak mengikut dari arah kiri iaitu kawasan berpagar kolam ikan. Terus menyusur laluan ke kanan naik atas terus jumpa kereta dari arah belakang. Lebih pantas dan cepat berbanding ikut laluan ke kolam ikan.
Kedudukan ikon 9W2DYA-5 adalah lokasi kereta di simpang tiga. Boleh agaklah betapa jauh juga nak masuk ke dalam kawasan ini. Kawasan ini sesuai untuk MTB dan boleh tembus ke Sg Tangkas rasanya dari sini. Apapun kawasan ini sangat mencabar dan berbukit. Kenderaan masih boleh melalui laluan sini memandang pengusaha kolam dan kebun sering melaluinya. Kalau rosakpun pastilah laluan ini dibaiki untuk memudahkan hasil dibawa keluar.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment