Belon KLIA pagi semalam telah jatuh di Pulau Carey. Petang semalam bersama Arul 9W2OCX telah sampai ke kawasan jatuhan walaupun agak lewat tiba. Ini kerana WX hujan lebat sejak dari Puchong hinggalah ke Pulau Carey.
Kami mencari isyarat erlebih dahulu ditepi lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Ternyata isyarat masih aktif lagi ketika jam menunjukkan 4.30 petang. Ini memberi keyakinan kepada kami untuk terus mencari melalui Ladang Sime Darby di Pulau Carey ini.
Kami memasuki melalui pintu utama. Setelah tinggal setahun tidak ke sini, pintu utama telah berubah wajah. Hampir tidak dapat mengecam kawasan ini. Namun, pondok mesin ATM tetap berdiri teguh ditempat asalnya. Arul 9W2OCX meletakkan jelopi dan kami ke pondok pengawal untuk meminta kebenaran dan membuat pendaftaran terlebih dahulu.
Kemudian meneruskan perjalanan hingga menemui jalan tanah merah simpang pertama di sebelah kiri. Terpaksa meletakkan jelopi ditengah laluan kerana laluan selut dan berlopak. Maka terpaksalah menapak sambil diiringi hujan renyai yang masih turun.
Berjalan dalam keadaan basah dan lecak sudah menjadi kebiasaan dalam setiap misi pencarian. Selepas jumpa simpang pertama kami belok kanan. Melepasi parit sudah terlihat benda putih terapung. Namun, kehadapan lagi bagi mengunci koordinat terbaru melalui peranti raspi3 milik Arul 9W2OCX. Beberapa koordinat telah diperolehi namun termasuklah data yang lama punya. Sehingga tertipu membawa kepada jarak 45km.
Kemudian, mencari dalam lingkungan 127m dari titik akhir. Akhirnya raspi3 berjaya mengunci koordinat sebenar. Arul 9W2OCX memasukkan koordinat baru ke GPS waypoint. Bergerak ke titik baru ternyata benda putih dalam parit sebenarnya memanglah serpihan belon.
Benda putih yang terapung dipermukaan parit. Ternyata sememang serpihan belon yang telah dikesan semasa awal tiba. Namun peranti masih hidup walaupun berada dipermukaan air.
Akhirnya misi berjaya setelah mengharungi hujan lebat untuk ke sini mencarinya. Jam 6.30 petang berjaya menemuinya dan berlengah terus keluar sebelum gelap. Aksi Arul 9W2OCX memegang peranti lesen pertama untuk penulis. Alhamdulillah berjaya menmuinya sebelum masuk Tahun Baru 2024.
Jarak 9.8m peranti ke titik akhir bagi altitud 508m. Ini menunjukkan belon terus jatuh tepat pada altitud terakhir 508m itu.
Video aksi Arul 9W2OCX memancing dalam parit. Kali ini bukannya mendapat ikan tetapi dapat belon yang sudah pecah.
Swafoto meraikan kejayaan mendapat lesen oppa pertama. Model kedua yang digunakan oleh Met Malaysia selepas DFM-17 ditamatkan penggunaannya sejak pemburu radiosonde wujud. Model WXR-301D merupakan buatan Korea berbanding DFM-17 dari Jerman.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment