Sri Banting


 Pada cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor 11 Disember 2024 sempat mencari dua belon KLIA. Dua belon telah jatuh pada 6 Disember 2024. Belon pertama jatuh di Cybersouth, Dengkil.

Radiosonde 2405011542 telah jatuh pada 6 Disember 2024 jam 9:30 pagi. Koordinat 2.86803 darjah Utara dan 101.64614 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 263m dan ketinggian maksimum 29,551m.


Kapal Korek Sri Banting antara dua kapal korek  yang masih wujud di Malaysia mahupun di dunia. Lagi satu di Perak. Tak sangka semasa mencari radiosonde dekat Cybersouth, Dengkil boleh terjumpa pula. Ada kelapangan ingin meneroka Sri Banting pula.


Tiada jalan masuk untuk mencari belon di Cybersouth ini. Jangkaan jatuh di kawasan tempat pembuangan sampah domestik. Laluan masuk pusat ini berdekatan laluan 31 Semenyih - Banting berdekatan jambatan lebuhraya Elite. Laluan sibuk dengan kenderaan berat lebih baik dielakkan sahaja. Lokasi pembandaran baru ini sedang rancak dengan segala projek pembangunan. Tidak pernahpun masuk ke kawasan ini. Demi belon, telah membawa buat pertama kalinya.


Terdapat satu stesen i-gate LoRa APRS di sini. Stesen 9W2DYA-6 berjaya mendapat packet daripada 9M2KEV-1. Kawasan pembangunan ini dikelilingi air. Kawasan bekas perlombongan bijih timah bertukar pembangunan pesat. Seterusnya bergerak misi pencarian SAR kedua di Bukit Changgang. Keluar semula ke jalan utama hingga melewati kampus UiTM Dengkil. Kemudian membuat pusingan U berpatah balik ke Pekan Dengkil.


Tiba simpang tiga belok ke kanan menghala ke Banting. Kemudian terus, sebelum melewati jambatan lebuhraya Elite sebelah kanan itulah laluan masuk ke tempat pembuangan sampah tersebut. Terus ke Bukit Changgang. Tiba simpang empat terus belok kiri hingga jalan sebelum stesen minyak Petronas. Masuk ke kanan hingga ke titik akhir belon seterusnya yang jatuh 6 Disember  2024 juga.


Radiosonde 2405011536 telah jatuh pada 6 Disember 2024 jam 21:06 malam. Koordinat 2.8137 darjah Utara dan 101.63494 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 408m dan ketinggian maksimum 24,607m.


Meletak kereta di bahu jalan berhadapan kebun kelapa sawit. Kemudian mencari hingga jarak 400m dari titik akhir. Kawasan kolam yang dipenuhi teratai amat menarik sekali.


Pelbagai bunga teratai turut kembang mekar dipanah sinaran mentari ketika itu. Kemungkinan ada projek pembangunan di situ. Terdapat kawasan kolam telah mula dikambus.


Terdapat kesan tebing seperti port mancing di situ. Kemungkinan pasti banyak ikan terdapat dalam kolam itu.


Selain bunga teratai banyak spesies tumbuhan akuatik turut menghiasi kolam tersebut. Pasti menjadi habitat haiwan yang hidup secara harmoni dan saling bergantungan.


Keseimbangan ekosistem menjamin rantaian makanan terus kekal tanpa ada gangguan. Satu makanan kurang atau hilang pasti memberi kesan kepada yang lain.


Pemusnahan alam semula jadi pasti memberi kesan kepada haiwan serta tumbuhan. Maksud lain flora dan fauna ini akan terjejas dan mungkin hilang di kawasan tersebut.



Kesan laluan kenderaan berat membuktikan ada kerja-kerja pembersihan pernah dilakukan di kawasan sekitar kolam bunga teratai ini.


Puas berjalan mencari-cari kawasan sekitar kolam tidak menjumpai sebarang tanda. Kot-kot masuk dalam kolam pasti tersangkut pada pokok bunga teratai yang banyak itu.


Kawasan kolam yang telah diganggu kacau. Tiada sebarang tumbuhan akuatik dapat dilihat. Pasti ada sesuatu projek dalam perancangan oleh empunya tanah.


Dua dunia berbeza antara yang dicemari musnah serta yang kekal keindahan dan kehijauan.

Selamat memburu!
Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Mencuba Nasib

  Hari ini mencuba nasib mencari dua belon KLIA berhampiran Agensi Angkasa Negara (MYSA) di Banting. Mengapa mencuba nasib? Persoalan yang p...