Leisure Garden Sepang terletak di Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek. Rupanya kawasan ini merupakan kawasan yang dikunjungi memandang belon kaji cuaca kerap kali jatuh kawasan sekitar. Jadi, setiap ceruk di sekitar Hulu Chuchoh dan Hulu Teris sudah biasa ditempuhi.
Lokasi sebenar terletak di Jalan Bonan 1. Jikalau dari Sungai Pelek, kita bertemu papan tanda Hulu Chuchoh terlebih dahulu sebelum belok kiri di Jalan Bonan 1.Kemudian terus sahaja hingga melepasi simpang pertama akan dapat lihat Leisure Garden di sebelah kiri.
Abah Don Cottage bersebelahan dengan Leisure Garden ini. Tempat penginapan yang menyediakan penginapan selesa mengikut bajet pengunjung sendiri. Tempat letak kereta adalah terhad. Pengunjung juga boleh meletak kereta di kawasan ladang kelapa sawit bersebelahan. Ada pintu kecil menyambung ke tempat menarik ini.
Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM15 manakala bagi kanak-kanak pula adalah RM10 sahaja. Tutup pada hari Selasa. Isnin hingga Jumaat operasi jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Manakala hujung minggu Sabtu dan Ahad 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Usai membuat bayaran masuk akan diberi pelekat. Harus lekat di tempat yang mudah dilihat.
Melepasi pintu masuk merupakan deretan sangkar burung pada bahagian sebelah kiri. Pelbagai spesies burung pada setiap sangkar. Ada disediakan papan tanda bagi mengenal pasti setiap spesies.
Burung-burung dalam sangkar tersebut sangatlah aktif. Terbang ke sana ke mari dengan siulan yang amat kuat juga. Tidak pasti spesies apa boleh rujuk papan maklumat pada setiap sangkar tersebut.
Ada jualan air minuman serta beberapa ekor haiwan eksotik yang boleh dipegang dengan bantuan pekerja yang terera baju perkataan Ranjer.
Kambing Pigmi ini mempunyai kawasan kurungan. Terdapat beberapa ekor anak dan ibunya berkeliaran dan keluar. Maka, bolehlah bermain-main dengan anak kambing sebesar seekor kucing dewasa sahaja.
Terdapat juga seerkor Rusa bintik menunggu makanan dihulurkan. Suka duduk dalam bangsal sahaja. Apabila ada pengunjung menghampiri kandang pasti keluar menghampiri mendapatkan maknanan yang dihulurkan.