Leisure Garden @ Sepamg


 Leisure Garden Sepang terletak di Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek. Rupanya kawasan ini merupakan kawasan yang dikunjungi memandang belon kaji cuaca kerap kali jatuh kawasan sekitar. Jadi, setiap ceruk di sekitar Hulu Chuchoh dan Hulu Teris sudah biasa ditempuhi.


Lokasi sebenar terletak di Jalan Bonan 1. Jikalau dari Sungai Pelek, kita bertemu papan tanda Hulu Chuchoh terlebih dahulu sebelum belok kiri di Jalan Bonan 1.Kemudian terus sahaja hingga melepasi simpang pertama akan dapat lihat Leisure Garden di sebelah kiri.


Abah Don Cottage bersebelahan dengan Leisure Garden ini. Tempat penginapan yang menyediakan penginapan selesa mengikut bajet pengunjung sendiri. Tempat letak kereta adalah terhad. Pengunjung juga boleh meletak kereta di kawasan ladang kelapa sawit bersebelahan. Ada pintu kecil menyambung ke tempat menarik ini.


Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM15 manakala bagi kanak-kanak pula adalah RM10 sahaja. Tutup pada hari Selasa. Isnin hingga Jumaat operasi jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Manakala hujung minggu Sabtu dan Ahad 9.30 pagi hingga 6.00 petang. Usai membuat bayaran masuk akan diberi pelekat. Harus lekat di tempat yang mudah dilihat.


No comments:

Post a Comment

Leisure Garden @ Sepamg

  Leisure Garden Sepang terletak di Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek. Rupanya kawasan ini merupakan kawasan yang dikunjungi memandang belo...