Dua Belon Gemas dilepaskan


 Pada hari ini telah terdapat dua belon Gemas telah dilepaskan dari kem yang terkenal dari sana. Kebarangkalian esok pasti ada lagi. Kebiasaan Belon Gemas akan dilepaskan lebih daripada sehari.


Belon kedua dilepaskan merupakan RS92-SGP L234137. Model yang rare ini sudah pasti menjadi buruan Pemburu Belon. Jatuh jam 15:54 petang. Ketinggian akhir agak tinggi iaitu 1246m dan ketinggian maksimum 25,891m.



Jatuh  kawasan ladang kelapa sawit berdasarkan pada peta satelit tersebut. Belon Gemas musim Monsun Barat Daya terbang hingga ke Rantau, Port Dickson. Biasa musim lain hanya jatuh sekitar Tampin sahaja. Kali ini, benar-benar terbang hingga ke penghujung sebelum sempat masuk ke Selat Melaka. Feeder MDZ-Base di Nilai berjaya mencapai isyarat akhir altitud 1246m.



Belon Gemas pertama telah mendarat jam13:37 petang. RS92-SGP L2344152 altitud ketinggian akhir 1,246m dan ketinggian akhir 1246m juga.


Belon Gemas yang pertama ini jatuh berhampiran Jalan Linggi - Mambau Laluan N7. Kemungkinan besar juga jatuh dalam kawasan ladang kelapa sawit.


Merujuk peta satelit di atas, kelihatannya ada laluan ladang. Sudah pasti mudahlah misi pencarian diadakan. Ada kelapangan sudah pastilah boleh diintai-intai nanti.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73 Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Dua Belon Gemas dilepaskan

  Pada hari ini telah terdapat dua belon Gemas telah dilepaskan dari kem yang terkenal dari sana. Kebarangkalian esok pasti ada lagi. Kebias...