Belon Gemas muncul lagi pada hari ini. Bermula ahad 3 Ogos 2025 serta hari ini selasa 5 Ogos 2025 muncul lagi. Belon pertama hari ini agak tinggi bagi altitud ketinggian akhir. Belon pertama mencecah 2,472m dan belon kedua 1497m.
Belon Gemas yang pertama pada hari ini telah jatuh jam 10:16 pagi. Berhampiran dengan Rembau dekat Sungai Bintongan. Berhampiran juga laluan N14. Sayangnya altitud ketinggian akhir sangat tinggi iaitu 2,472m dan ketinggian maksimum adalah 23,700m.
Belon Gemas RS92-SGP H484308 menghampiri hutan simpan. Feeder terakhir adalah 9M2TPT di Sungai Buloh, Selangor.
Belon Gemas kedua RS92-SGP H4913270 jatuh jam 12:36 tengah hari. Altitud ketinggian akhir 1,497m dan ketinggian maksimum 6,292m.
Merujuk peta satelit jatuh kawasaan di penuhi pokok bukanlah ladang kelapa sawit. Ini kerana pokok berteraburan tidak tersusun berbaris seperti kawasan ladang. Berhampiran jalan utama memudahkan akses ke lokasi kejadian.
Tunggu dan lihat beberapa hari lagi kemunculan belon Gemas ini. Kebarangkalian ada latihan pihak berkuasa keselamatan sepanjang minggu ini. Belon Gemas yang amat jarang dilepaskan ini pastilah menarik perhatian kami pemburu belon kaji cuaca. Merujuk rekod dalam blog ini pada 6 Mac 2025. Belon Gemas telah berjaya dilepaskan sebanyak dua buah. Lima bulan kemudian pada minggu ini telah dilepaskan sebanyak empat buah belon lagi.
jumpa dan jumpa lagi,
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment