Radiosonde RS41-SGP U0530466 Muncul Awal Pagi


 Awal pagi tadi muncul satu lagi radiosonde di perairan Port Dickson, Selat Melaka. Pasti pihak keselamatan yang menjaga perairan negara melepaskan belon kaji cuaca tersebut. Jejak berhampiran perairan Port Dickson dan melepasi sempadan negara di Selat Melaka.


Radiosonde RS41-SGP U0530466 model lain yang digunakan  bagi belon Gemas. Jikalau dilepaskan dari Gemas mustahil boleh melepasi Selat Melaka. Kebanyakan belon Gemas pada minggu ini jatuh di sekitar Rantau dan Linggi serta Rembau sahaja. Ternyatalah ia dilepaskan dari Selat Melaka.

Radiosonde RS41-SGP U0530466 telah jatuh jam 5:35 pagi. Koordinat 2.38937 darjah Utara dan 101.4414 darjah Timut. Altittud ketinggian akhir agak tinggi 4384m dan ketinggian maksimum 15,931m.


Sementara itu, belon Gemas masih dilancarkan pada hari ini. Radiosonde RS92-SGP L2334065 telah mendarat pada jam 15:45 petang.


Altitud ketinggian akhir agak tinggi juga iaitu 2560m dan ketinggian maksimum 25,549m Jatuh kawasan kampung Laluan 102 dekat Jalan Linggi - Pedas juga.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP U0530466 Muncul Awal Pagi

  Awal pagi tadi muncul satu lagi radiosonde di perairan Port Dickson, Selat Melaka. Pasti pihak keselamatan yang menjaga perairan negara me...