Dua Belon Gemas Lagi


 Semalam telah dilepaskan satu lagi belon Gemas. Pagi tadipun ada satu lagi. Nampaknya tiga hari berturut-turut belon Gemas telah dilepaskan kerana ada latihan.


Radiosonde RS92-SGP L2334064 jatuh pada 6 Ogos 2025 jam 13:42 petang. Altitud ketinggian akhir 1,687m dan ketinggian maksimum adalah 26,664m.


Laluan masuk agak jauhnya juga. Namun, masih boleh akses melalui jalan besar laluan N9 Jalan Linggi - Pedas.


Manakala belon Gemas hari ini pula telah jatuh jam 12:27 tengah hari. Jatuh tempat bernama Ayer Kuning. Titik akhir kelihatan atas jalan.


Radiosonde RS92-SGP L2334075 jatuh bertarikh 7 Ogos 2025 jam 12:27 tengah hari. Altitud ketinggian akhir 983m paling rendah setakat ini. Manakala, altitud ketinggian maksimum adalah 24,274m.


Merujuk kepada peta satelit belon Gemas melalui deretan kedai rasanya terus ke kawasan hijau. Jikalau kawasan hijau sudah berubah pasti sukarlah mencari belon ini.

No comments:

Post a Comment

Belon Gemas dan Belon KLIA

  Semalam dua hari berturut melancarkan SAR belon Gemas dan belon KLIA. Cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya mencari belon sahaja. Belon ...