Minggu kedua Belon Gemas


 Masuk minggu kedua belon Gemas muncul lagi. Hari selasa hari ini kelibatnya telah dapat dikesan oleh feeder radiosonde siap siaga 24 jam memantau pergerakan.


Pagi selasa ini jatuh berdekatan Laluan N10 Jalan Panchang - Chengkau. Radiosonde RS92-SGP L2334073 jatuh jam 11:27 pagi. Altitud ketinggian akhir sangat tinggi juga iaitu 3,130 m dan ketinggian maksimum 26,175 m. Koordinat jangkaan mendarat yang direkodkan adalah 2.53144 darjah Utara dan 102.0951 darjah Timur.


Merujuk peta satelit jatuh di kawasan yang menghijau. Macam kawasan hutan. Tidak pasti! Setelah meninjau ke sana barulah tahu keadaan sebenar di sana.


Pada hari ahad lepas juga telah dilepaskan juga belon Gemas. RS92-SGP L2344403 telah mendarat 11:13 pagi bertarikh 10 Ogos 2025. Dua orang pemburu belon telah bergegas memburu belon Gemas tersebut pada hari kejadian. Mamu 9W2PRX dari Penang dan Chong 9M2CEI dari Singapura. Namun, pelbagai halangan yang hebat menyukarkan misi pencarian.


Sehari sebelum, hari sabtu radiosonde RS92-SGP L2343836 telah jatuh di laluan rintis Gunung Datuk. Laluan dalam hutan simpan ini pastilah lebih mencabar. Altitud ketinggian akhir 2,421 m dan ketinggian akhir 23,194 m.

Nantikan kemunculan esok lagi! Adakah belon Gemas akan muncul lagi dalam minggu ini?

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Minggu kedua Belon Gemas

  Masuk minggu kedua belon Gemas muncul lagi. Hari selasa hari ini kelibatnya telah dapat dikesan oleh feeder radiosonde siap siaga 24 jam m...