Bermain Capybara di Port Dickson


 Hari ini sempat berkunjung ke Zoo Mini Port Dickson. Apa yang menarik di sana? Sudah pasti ada sesuatu yang menarik hingga sanggup datang dari Bangi. Sebenarnya selepas diteliti, taman ini pernah dikunjungi pada awal tahun ini. Ketika itu, Zoo Mini ini dikenali sebagai Taman Aurora. Lokasi masih di tempat yang sama. Sudah pasti pengurusan baru mempunyai tarikan yang lebih istemewa lagi.


Bayaran masuk bagi dewasa RM30 dan kanak-kanak RM20. Sebakul makanan haiwan pula RM20. Damia sempat joyride berharga RM15. Memberi susu pada anak kambing RM3 sebotol. Menangkap ikan RM10 dan membawa pulang lima ekor ikan yang berjaya ditingkap.


Kunjungan pertama ke kurungan Rakun. Haiwan ini sangat jinak. Kita boleh mendukung dan bermain dengan haiwan tersebut. Penjaga tersebut sangat membantu jikalau pengunjung hendak bermain atau mendukung.


Ada seekor yang sangat aktif. Suka bermain selipar atau kasut mencabut apa-apa sahaj yang melekat pada sepatu tersebut. Damia punya selipar berlambang Capybara turut dicabut Rakun ini. Seekor lagi berada di atas sangkar sahaja. Empat ekor lagi dalam sangkar tersebut. Makanan kegemaran merupakan potongan roti sahaja.


Walaupun kita boleh Waze atau Google Map sahaja eloklah diberitahu lokasi zoo mini ini. Terletak di Batu 9 Jalan Pantai, Kampung Sungai Menyala. Memang ramai pengunjung hadir melihatkan tempat letak kereta yang agak penuh.


Berhadapan kaunter terdapat sesi gambar kenangan. Gambar yang diambil secara rasmi oleh zoo ini boleh dijadikan sebagai cenderahati pulang ke rumah. Terdapat sangkar burung merak putih dan burung yang lain juga. Terus bergerak ke bawah melihat pelbagai spesies ayam. Sangkaan umpama burung. Menurut penjaga kawasan sangkar tersebut, memaklumkan semua dalam sangkar merupakan spesies ayam seperti Kuang.


Puas melihat spesies ayam, bergerak ke rumah Arnab pula. Arnab sama seperti Taman Aurora dulu yang turut memperagakan beberapa ekor arnab saiz besar. Arnab gergasi ini datang dari Australia menurut penjaga arnab tersebut.


Puas melihat arnab gergasi di dalam bilik yang pendingin hawa. Hanya suhu dingin dan sejuk sedikit sesuai untuk arnab ini tinggal.
Bergerak keluar ke kandang Alcapa pula. Terdapat tiga ekor Alcapa menunggu kehadiran pengunjung untuk memberi makan.


Pada mulanya tiga ekor alcapa ini tidak mahu mendekati. Kemudian, penjaga menyuruh menghulukan bakul yang berisi rumput kering yang berupa makanannya.


Damia sangat geram dengan ketebalan bulu alcapa ini. Usap-usap bbahagian kepala yang sangat lembut dan tebal itu. Baik sahaja ketika diusap kepala alcapa tersebut.


Elok beratur menunggu untuk diberi makan. Sangat baik dan berdisplin serta bersabar. Kelakuan dan tindakan haiwan ini harus dicontohi anak-anak. Haiwanpun boleh menunggu dengan penuh kesabaran.


Seekor capybara dalam kurungan berkaca. Maka tidak boleh menghulur sebarang makanan. Hanya tengok sahaja dari luar.

Terdapar seekor lagi dalam kurungan berjaring pula. Rasanya capybara ini adalah sepasang. Mungkin diasingkan untuk kurungan. Anak-anak sebanyak lima ekor yang kecil itu.


Aksi capybara yang meminta makan Mungkin lapar minta sedikit makan untuk dihulurkan. Sangat aktif mungkin jantan.


Sebelah deretan capybara merupakan kawasan itik dan angsa pula. Boleh masukkan makanan ke dalam saluran paip yang disediakan ditepi pagar tersebut. Maka, makanan tersebut pasti terus masuk dalam bekas makanan yang disediakan di atas tanah. Idea yang kreatif dan bagus bagi memudahkan makanan diberi kepada haiwan. Tidaklah membazir dan bersepah jika tiada batang paip ini.


Mengambil gambar kenangan bersama dua ekor patung itik kuning. Besar sungguh itik ini. Biasa main dekat arked mainan tembak dengan air itik ini. Pada kali ini pengunjung boleh bergambar kenangan.


Memberi minum susu pada anak kambing juga satu aktiviti yang menyeronokan.  Pastilah anak kambing ini berebut-rebut ingin menyusu.


Anak kambing ini jinak-jinak sahaja. Hulur sahaja botol susu tersebut pasti kambing ini akan datang menyusu. Kadang berebut-rebut untuk menyusu. Pasti yang kuat akan dapat.


Kambing dalam kandang turut meminta makanan yang ada. Pastilah datang menghampiri meminta simpati untuk makan. Hulurkanlah sedikit pun agar ia berpuasa hati.


Lihatlah kambing ini sanggup memanjat pagar agar dapat menikmati makanan yang dihulurkan.


Burung Unta yang dijinak ini juga tidak mematuk. Hulukan makanan melalui gayung yang disediakan. Letakka palet dalam gayung terebut. Kemudian hulurkan gayung tersebut pastilah burung ini turut berebut untuk makan.



No comments:

Post a Comment

Bercuti di Bentong dan Janda Baik

  Cuti Maulidur Rasul baru ini berkesempatan berjalan ke Bentong dan Janda Baik. Perjalanan mudah menggunakan jalan lama Gombak sahaja lalua...