Karnival Pelaut dan Rumah Api 2025


 Karnival Pelaut dan Rumah Api tahun 2025 diadakan pada 8 dan 9 November 2025. Hari ini masih berjalan lagi acara hingga jam 5 petang. Semalam sempat singgah sebentar bersama Damia. Banyak aktiviti dianjurkan kepada pelawat.


Karnival ini diadakan di Marina Putrjaya. Suasana tepi tasik sangat sesuai bertepatan dengan tema untuk Pelaut.  Melepasi PICC terus mencari tempat letak kereta. Dua boya berwarna hijau dan merah menyambut ketibaan kami. Masuk kawasan parkir berhati-hati. Bukan pengunjung karnival sahaja malahan kenduri kahwin juga turut diadakan di kawasan berdekatan.


Terus menghala ke Pintu Gerbang utama dan turun sebelah pentas utama. Pergi ke khemah pendaftaran bagi mendapatkan nombor cabutan bertuah. Kena imbas kod QR terlebih dahulu bagi mengisi maklumat dalam google form.


Oleh kerana datang waktu tengah hari perutpun lapar. Kami menghala ke gerai makan dan minuman terlebih dahulu. Ada lori Milo juga. Tanpa berkifir panjang terus mengambil dua cawan. Usai minum terus ke deretan khemah pameran.


Menuju khemah pameran maritim. Banyak agensi kerajaan dan swasta mempamerkan maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan. Kelihatan dua antena vertikal radio komunikasi dari jauh. Pasti antena reruai MARTS. Ternyata dua orang kuat Marts ada di situ.


Sufian 9W2SGJ dan Che Ta 9M2SYG bertugas di meja. Tidak sempat nak bersembang dan mengambil gambar kerana Damia ajak pulang. Sempat dapat jajan dari Sufian 9W2SGJ untuk Damia. Terima kasih atas pemberiannya. Tak sempat nak ambil gambar bahan pameran untuk dipaparkan dalam blog ini.

Credit FB Marts

Gambar diatas dan seterusnya diambil dari FB Marts. Kemudian menghala ke zon kanak-kanak. Pelbagai permainan ada disediakan Damia tidak mahu bermain dan hanya mahu ke tempat lain pula.

Credit FB Marts

Ada kelapangan hari minggu ini marilah datang ke Marina Putrajaya. Memeriahkan karnival ini dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Credit FB Marts


Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu
73, Jojet de 9w2dya


Karnival Pelaut dan Rumah Api 2025

 Karnival Pelaut dan Rumah Api tahun 2025 diadakan pada 8 dan 9 November 2025. Hari ini masih berjalan lagi acara hingga jam 5 petang. Semal...