Monsun Timur Laut belon KLIA jatuh di Kanchong Darat


 Monsun timur laut yang baru beberapa hari yang lalu telahpun bermula. Ini petanda belon KLIA akan jatuh ke darat pada kali ini. Tahun ini monsun lewat kerana ada beberapa siri siklon tropika telah berlaku. Kebiasaannya belon KLIA akan jatuh pertengahan september lagi. Tidak pada tahun ini, November Rain barulah  bermula musim monsun ini.


Pada malam ini, belon KLIA telah jatuh di Kg Kanchong Darat, Banting. Kawasan kampung yang dikelilingi kebun kelapa sawit pasti boleh dijumpai juga. Lainlah jikalau jatuh atas bumbung rumah orang agak sukar.


Ada kelapangan hujung minggu pastilah boleh dijalankan misi mencarinya. Tapi jatuh kawasan laman rumah pasti tuan rumah akan membuangnya.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Pameran Aset Tentera @ Putrajaya

  Pada hari ini merupakan hari terakhir Program Rancakkan Madani Bersama Malaysia di Putrajaya. Ramai pengunjung hadir memeriahkan setiap pe...