Malam ini Tim SAR Sentral berjaya mendapat belon Tahun Baharu 2026. Yatt 9M2YAT berjaya mencari radiosonde WxR-301D-2405015148. Jatuh di Seksyen 30 berdekatan Jalan Johan Setia. Tidak masalah bagi Yatt 9M2YAT kerana base station hampir dengan lokasi kejadian.
Belon KLIA ini jatuh sebentar tadi pada jam 21:00:23 Koordinat 2.97609 darjah Utara dan 101.50976 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir adalah 118m sahaja sangat rendah. Hasil cerapan feeder 9M2TPT di Sungai Buloh.
![]() |
| Credit 9M2YAT |
Alat bantu Yatt 9M2YAT dalam mengesan koordinat terkini di lapangan. Raspi dangan dogel SDR perisian auto-RX bagi mengesan pemancaran isyarat radiosonde. Tanpa alat ini, pasti agak sukar mencari lebih lagi kegelapan malam. Terpaksalah meraba-raba dalam gelap.
Rakaman video oleh Yatt 9M2YAT hasil kejayaan menjumpau radiosonde tersebut. Lampu LED masih menyala lagi menandakan isyarat masih dapat dikesan.
Akhir kalam tahniah diucapkan kepada Yatt 9M2YAT atas kejayaan penemuam pertama radiosonde Tim SAR Sentral bagi tahun 2026. Kami memanggilkan mendapat lesen apabila menemui buat kali pertama setiap tahun yang baru. Kira renew lesen bagi pernah mendapat radiosonde pada setiap tahun.
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya



No comments:
Post a Comment