Tahun Baharu Pusing Tasik Putrajaya


 Pagi Tahun Baharu 2026 telah dapat melakukan satu pusingan Tasik Putrajaya. Laluan yang diambil sebelah Cyberjaya. WX pagi ini mendeng sahaja. Ini amat memudahkan pergerakan. Pusingan mengikut lawan jam.


Laluan dirancang mengarah ke Marina terlebih dahulu. Meletak jelopi di Kompleks Sukan Air, Presint 5. Bersiap memanaskan badan singgah tandas terlebih dahulu. Pagi cuti umum ramai orang melakukan aktiviti kecergasan. Ada juga yang membawa anak kecil dalam kereta sorong. Ada berbasikal, berlari dan berjalan kaki sahaja.


Usai keluar tandas terus bergerak menghala ke Marina. Lalu pantai buatan terlebih dahulu dan hotel lima bintang. Sebelah hotel barulah tiba di Marina. Ada beberapa orang bersedia untuk aktiviti wakeboard dan wakesurf atau luncur air


Semasa leka meneruskan perjalanan terperasan jam garmin telah berhenti berfungsi. Maka, segala data tidak dapat direkodkan. Nasib baik telefon pintar telah tersedia aplikasi Gaia GPS. Memilih mode walking untuk meneruskan perjalanan.


Pemilihan mode walking adalah kerana permukaan laluan di sepanjang sisir tasik merupakan permukaan simen yang keras. Penulis tidak dapat menggunakan laluan tersebut untuk berlari. Ini kerana memberi kesan kepada kedua belah lutut. Berjalan laju tidak menjadi masalah.


Pemandangan sebelah Kompleks Rekreasi Air tempat bermula perjalanan pagi ini. Gambar ini diambil selepas melepasi Jambatan Seri Gemilang yang berhadapan dengan PICC itu. Menyeberang jambatan itu menandakan kita telah memasuki Pulau Putrajaya. Menyusur sisir tasik terus kelua ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Laluan sisir tidak dapat diteruskan kerana kawasan hutan. Maka perlu lencong ke Jalan Tuanku Abdul Rahman ini.


Kemudian menghala ke Anjung Floria turut tutup kerana ada acara Festival Lentera 2025 Putrajaya. Festival ini berlangsung dari 26 Disember 2025 hinga 4 Januari 2026. Tiket dewasa warganegara RM10 dan kanak-kanak wargenegara RM5. Maka terpaksalah merentasi Jambatan Seri Saujana terus ke jalan yang sama. Jalan Tuanku Abdul Rahman dilalui hingga menghampiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Masuk semula laluan sisir tasik.


Jambatan LRT ini akan bertukar fungsi sebagai laluan pejalan kaki dan berbasikal. Satu keputusan yang bagus diambil dapat menggalakan lebih ramai beriadah di keliling Tasik Putrajaya ini. Kelihatan laluan naik ke jambatan ini bagi sebelah Pulau telahpun ada. Manakala sebelah tanah besar kelihatan tiang sahaja. Siap kelak mudahlah berjalan kaki sahaja ke Ayer 8 dari Anjung Floria.


Pemandangan Monumen Alaf Baru tiang yang runcing tersebut. Masjid Putra turut jelas kelihatan di bahagian tengah serta sebelah kir pula adalah Perdana Putra. Jambatan ketiga yang akan direntasi turut nampak adalah Jambatan Seri Wawasan.


Sisir tasik sebelum Monumen Alaf Baru menjadi tumpuan keluar berkumpul dan berkelah. Pagi itu juga telah sibuk perkhidmatan bot-bot bergerak ke sana ke mari. Ini telah menghasilkan ombak memecah kesunyian. Ikan-ikan berenang dengan hati yang girang. Mana taknya ada pengunjung yang menghulurkan roti. Berkocak air merebut makanan. Keseluruhan Tasik ini merupakan kawasan larangan bagi aktiviti memancing.


Ada Taman Hobit dekat Monumen Alaf baru tersebut. Ternampak tandas singgah sekali lagi. Ada vending mesin air. Cuba membeli namun duit kertas tidak ditelannya. Perjalanan telah melebihi 5 km. Lalu Mekdi ramai orang tengah bersarapan. Kemudian terus melintasi Pulau melalui Jambatan Seri Wawasan tersebut. Terdapat pelancong asing turut menggunakan sambil mengambil gambar kenangan.


Pemandangan tasik dari Jambatan Seri Wawasan. Laluan sebelah kiri telah dijelajahi. Tinggal bahagian sebelah kanan pula akan menyusul. Jarak perjalanan telah 6 km. Turun jambatan terus ke Ayer 8.


Jambatan gantung yang indah dan unik senibana. Jambatan terakhir dilalui sepanjang misi mengelilingi Tasik Putrajaya. Tiba di Ayer 8 mencari sebotol air. Hanya kedai Subway yang kelihatan menjadi sasaran. Tanpa berlengah terus mencapai air dalam peti sejuk kecil lalu terus membayar. Nikmat betul minum air sejuk ketika penat berjalan. Cuaca tidaklah begitu panas namun tetap dahaga setelah menepuhu jarak lebih 6 km.


Selepas membeli air mentaripun mengintai memancarkan cahaya sedikit demi sedikit. Maka, gambar lebih nampak terang sebelum seperti ini. Gambar-gambar yang awal ketika pagi yang agak mendung.


Suasana redup sedikit di bawah Jambatan Seri Saujana yang menghadap Anjung Floria di Presint 4. Kedua tiang yang menampung beban jambatan ini berada di bahagian tengah  agak kecil dan tidaklah terlalu lebar. Punca kabel di atas jambatan yang lebih menyokong bebanan tersebut.





No comments:

Post a Comment

Tahun Baharu Pusing Tasik Putrajaya

  Pagi Tahun Baharu 2026 telah dapat melakukan satu pusingan Tasik Putrajaya. Laluan yang diambil sebelah Cyberjaya. WX pagi ini mendeng sah...