Hari ini melancarkan misi mencari batu dan geocache di sekitar Seremban 2 dan Labu. Hasil pencarian hari ini berjaya menemui satu batu Titik Kawalan atau Pillar Titik Penentu (PTP). Buat julung kalinya bertemu batu 6 segi. Maka, bertanya dengan Meta Ai kecerdasan buatan yang tak berapa nak bijak juga. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dikongsikan oleh Meta AI tersebut. Banyak temberang juga setelah beberapa kali bersembang berkaitan batu JUPEM ini. Maklumat yang diterangkan tidak konsisten dan boleh berubah. Penulis hanya terima dari segi teknikal berkaitan dengan kerja survey ini sahaja. Mungkin pakar-pakar di luar boleh komen dan menambah serta berkongsi ilmu dan panduan bersama.
Menurut Meta Ai, JUPEM PTP adalah Pillar Titik Penentu. N 0376 merupakan nombor siri batu ini. Besi tengah berlubang merupakan titik tepat untuk alat total station atau GPS.
Kenapa bentuk berbeza?
Ini model lama tahun 1980an - 1990an. Pada zaman dahulu, JUPEM pakai batu konkrit enam segi. Kini sudah tukar kepada plat logam kerana senang tanam dan kukuh.
TP = Titik Penentu berfungsi sama seperti Tanda Rujukan Utama untuk pegang koordinat XY kawasan tersebut.
Batu TPT N 0376 ini terletak sebelah kiri Jalan Labu menghala ke NIlai. Beberapa meter ke hadapan terdapat simpang masuk ke kuari. Lori sangat sibuk mengangkut batu kelikir bagi projek pembinaan bangunan mahupun jalan raya. Kawasan rizab jalan ini seperti baru dikemas. Ternampak besi tengah berlubang itu semasa melalui batu tersebut.
Kenapa Jalan Labu banyak batu JUPEM?
1. Jalan lama = Jalan ini dibuka tahu 1970an. Zaman itu JUPEM tanam batu konkrit enam segi seperti batu N 0376 ini.
2. Tanah pertanian kepada perumahan = Banyak projek baru menyebabkan kontraktor selalu terlanggar batu ini.
3. Koridor Pembangunan = Kawasan industri serta kawasan perumahan baru dibuka menjadikan titik kawaan adalah banyak.
Batu titik kawala N 0376 ini berada di rizab jalan. Terletak pada bahagian tanah agak tinggi sedikit dari aras jalan raya. Oleh kerana semak-samun telah dibersihkan maka boleh dilihat dengan mata kasar ketika memandu. Lebih-lebih lagi butang dom besi itu boleh menyinar jika kena sinaran mentari.
Sebenarnya kedudukan batu titik kawalan N 0376 itu terletak 500m dari batu aras N 5110. Letak kereta di tepi Jalan Labu. Batu aras (BM) bersebelahan dengan hentian bas. Memilih letak kereta di sini lebih selamat. Ada papan tanda Kampung Labu Hilir bersama dengan koordinat sekali. Menjadi rujukan orang ramai bagi koordinat kampung tersebut.
BM ini koordinat 2.773023 darjah Utara dan 101.809579 darjah Timur. Bergerak ke batu titik kawalan N 0376 dari BM ini lebih selamat berjalan kaki sahaja. Mod berjalan kaki jam Garmin diaktifkan. Selepas bergerak melepasi simpang kuari menghampiri batu titik kawalan ini merekodkan 500m.
Sebelum itu bergerak ke Seremban 2 untuk mencari geocache yang disorokan di situ. 'Where giant lizards are' sememangnya terdapat biawak berada di tasik Seremban 2 ini. Jikalau bukan kerana geocaching ini pasti tidak sampai jika tanpa sebab.
Permainan mencari harta karun ini akan menyorokan log sheet. Ini penting bagi mengelakkan orang ramai membuang atau mengambilnya. Selepas menemui geocache tersebut perlulah merekod penemuan pada kertas log sheet yang disimpan bersama geocache tersebut. Kali ini log sheet disimpan dalam paip kecil yang bermagnet. Ada dua skru pada paip tersebut. Setiap skru di dalamnya terdapat log sheet.
Penulis meletak pada palang pagar di lokasi ia disorokkan. Bukti ada magnet pada palang pagar tersebut. Kemudian meletakkan semula paip ini pada lokasi yang disembunyikan. Hanya yang biasa bermain geocaching sahaja yang faham tempat yang biasa geocache ini disorokkan.
Penulis semasa baru mencuba permainan ini juga tidak tahu bagaimana ia disorokan. Walaupun telah tiba tempat tersebut, tetap tidak menjumpainya. Setelah beberapa kali mencari, barulah faham cara permainan ini dimainkan. Aktiviti navigasi seperti ini meneruskan kesinambungan aktiviti mengejar belon yang masih jatuh ke laut lagi. Maklumlah tidak boleh duduk diam sahaja di rumah. Pasti ada aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang.
Laluan pejalan kaki yang agak luas. Sayangnya taman ini dipenuhi burung gagak. Maka, najis bersepah merata tempat. Ada papan tanda amaran melarang memberi makan burung dan ikan di taman ini.
Terdapat tiga air pancuran dalam tasik ini. Penting memberi oksigen bagi hidupan akuatik dalam tasik ini. Ini juga mengawal kualiti air tasik ini agar sentiasa bergerak juga.
Semasa tiba meletakkan kereta di deretan kedai sebelah kawasan tasik ini. Berjalan ke arah lokasi geocache mengikut laluan keliling tasik. Pastilah jam garmin mod walking diaktifkan. Sambil memburu geocache kita bersenam secara tidak langsung.
Lokasi geocache disorokkan selalunya mestilah tempat yang menarik dan selamat. Permainan memburu harta karun geocaching ini dimainkan seluruh dunia. Tidak hairanlah log sheet sentiasa dipenuhi rakan dari pelbagai negara. Maka, tempat yang menarik seperi tasik ini seharusnya ditonjolkan.
Pemaju turut menyediakan tiang laser bagi menghalau burung-burung ini. Rasanya laser ini akan aktif sebelah malam bagi mengahalau burung berada di tasik ini. Papan kenyataan berkaitan laser ini kepada pengunjung turut disediakan.
Ada titi bagi menyeberangi tasik di tengah-tengah. Penulis lebih suka memilih untuk berjalan dalam satu bulatan penuh tasik. Bolehlah tahu jarak bagi satu pusingan taman tasik ini. Sudah pasti tidak akan kembali semula kerana kurang sesuai untuk beriadah.
Bolehlah menikmati pemandangan keseluruhan tasik dari titi kayu tengah tasik ini. Ikan berenang-renang pasti boleh dilihat dengan lebih dekat lagi. Amaran! tidak boleh memberi makanan ikan.
Cuaca petang itu agak redup. Redup sebab mendung atau jerebu. Jerebu masih belum kurang lagi.
Nampak macam air jeram di belakang itu. Hakikatnya ada tiga air pancut di tengah tasik. Pasti menyamankan udara sekitar serta dapat mengurangkan jerebu persekitaran.
Papan catur turut disediakan. Sudah pasti ia bukan Ground Control Point (GCP) atau checkerboard marker.
Terlebih dahulu perjalanan bermula dari Bangi. Perancangan mencari batu-batu hingga ke sempadan negeri dekat Bandar Enstek. Semasa arah ke Jenderam batu aras yang telah terperasan sebelum ini dicari semula. Maka, berhentilah di bahu jalan mendapatkan stesen batu aras B 62077 yang lama adalah B 2013.
Lokasi BM B 62077 ini beberapa meter sebelum simpang ke Jenderam Hulu. Plat tertulis Batu Aras. Ada kesan spray merah. Kalau menurut Meta AI stesen ini masih lagi aktif. Ada kerja-kerja pengukuran telah dijalankan baru-baru ini. Lagi satu katanya, spray merah ini memudahkan juruukur mengesan kedudukan BM ini.
Kedudukan rupa sebenar BM B 62077 dari jauh. Plat ini diletakkan pada konkrit penghadang longkang. Betul-betul bersebelahan dengan paip air JBA.
Tengah plate batu aras ini mempunyai dom yang ada titik tengah untuk tiang gps bagi kerja mengukur. Dom inilah memudahkan batu aras dikesan kerana menonjol pada plat besi tersebut. Koordinat BM ini adalah 2.889484 darjah Utara dan 101.809579 darjah Timur.
Terdapat satu petak TBM bernombor empat bersebelahan dengan BM. TBM ini bersebelahan paip air dan menghadap jalan raya Banting - Semenyih laluan FT31.
Hasil hari ini berjaya menemui dua buah BM, satu batu titik kawalan, satu TBM dan satu geocache.
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya



.jpg)










.jpg)






.jpg)

.jpg)

salam singgah dari Bangi., aminn
ReplyDeleteWaalaikumussalam jemput singgah Jojet de 9w2dya 73
Delete