9M4LBJ Rumah Api Bukit Jugra, Banting


 Hari ini sempat singgah sekali lagi ke Rumah Api Bukit Jugra sempena ILLW 2026. Berlangsung selama dua hari 15 dan 16 Ogos 2026. ILLW adalah International Lighthouse Lightship Weekend. Berlangsung pada hujung minggu yang ketiga bulan ogos setiap tahun.


Tahun lepas sempat pergi dengan Damia. Tidak pada hari ini. Ada monumen menerangkan tempat bersejarah berdekatan rumah api ini. WX tengah hari ini sangat cerah. Maklumlah sudah seminggu negara diselubungi jerebu asap dari negara jiran. Alhamdulillah langit biru dan berangin di atas bukit ini.



Sebelah kiri menerangkan tentang Paragliding di Bukit Jugra. Manakala sebelah kiri pula menerangkan Balai Cerap Bukit Jugra. Aktiviti paragliding bersebelahan dengan rumah api ini menghadap ke Selat Melaka. Balai Cerap Bukit Jugra juga bersebelahan tepi jalan utama. Tarikan pelancong bagi menarik lebih ramai lagi dengan adanya monumen penerangan.


Rumah Api Bukit Jugra serta rumah lain di Semenanjung dijaga oleh Jabatan Laut. Terdapat satu lagi menara radar milik Maritim Malaysia. Maka, dapat dilihat terdapat dua menara yang mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza.


Ketika tiba di rumah api ini perlu masuk minta izin terlebih dahulu. Rumah Api ini adalah kawasan larangan. Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran. Nasib baiklah ada acara ILLW setiap tahun. Maka, operator radio amatur dapat masuk dengan kebenaran di rumah api yang dibenarkan sahaja. Peluang sebegini memang tidak dapat dilepaskan begitu sahaja.


Maklumat Rumah Api Bukit Jugra boleh diteliti pada papan info berdekatan pintu utama. Maklumat yang boleh dijadikan panduan kepada pengunjung yang datang ke Bukit Jugra ini. Sebelum ke tempat paragliding, para pengunjung akan melintasi pintu utama ini. Sudah pasti memberi pengetahuan baru terutamanya kanak-kanak.


Laluan turun ke tempat pelepasan paragliding. Sepanjang berada di rumah api kelihatan ada tiga paragliding yang sama melakukan penerbangan membawa penumpang. Pada tengah hari itu, angin agak kuat tetapi tidaklah terlalu tinggi sangat penerbangan. Banyak yang dilihat terus turun ke kawasan pendaratan sahaja. Paling seronok dapat melihat selepas pelepasan dari tebing bukit. Ia akan semakin naik dan naik akibat tujahan angin ke atas. Kemudian barulah berlegar-legar selepas mencapai ketinggian yang sesuai. Seterusnya berlegar turun hingga ke kawasan pendaratan dengan selamat.


Semasa tiba turut kelihatan ada seorang rakan turun dari kereta juga. Panggil Soi 9M2SOI bersalaman dengan beliau terlebih dahulu. Kemudian station master Saiful 9M2LDX menyambut ketibaan dengan membuka pintu pagar. Kemudian bersalaman dengan yang lain pula. Pak Rosli 9M2RHQ baru masuk ke dapur sibuk untuk menyediakan hidangan makan tengah hari.


Oleh kerana acara ILLW merupakan aktiviti komunikasi antarabangsa. Maka, jalur HF untuk komunikasi radio jarak jauh. Dua antena dipole digunakan untuk stesen 9M4LBJ dan nombor ILLW adalah MY0006.


Antena Vdipole ini menunjukkan prestasi yang membanggakan. Kebiasaannya waktu tengah hari sukar untuk mendapat mana-mana isyarat radio. Pada kali ini jalur HF masih aktif dengan pelbagai contest dan special callsign sempena sesuatu sambutan.



Sepanjang pengetahuan penulis ada dua lagi rumah api yang aktif sempena ILLW 2026. Rumah Api Tanjung Tuan, Melaka 9M4LHN dan Fort Cornwallis 9M4LFC di Padang Kota, Pulau Pinang.


Apabila ada acara istimewa seperti ILLW. Peluang untuk bertemu rakan ham yang tidak harus dilepaskan. Terutama yang ingin berjinak-jinak dengan hobi radio amatur ini. Banyak peluang mencari pengetahuan dan pengalaman boleh diperolehi. Semua kru tidak kedekut ilmu pengetahuan dan pengalaman. Mereka sanggup bertukar-tukar ilmu dan pengalaman yang ada.


Pemandangan Kuala Langat dari Bukit Jugra. Pada kali ini cuaca panas serta langit cerah. Kapal-kapal di Selat Melaka juga jelas kelihatan. Seminggu sebelum ini cuaca berjerebu. Oleh kerana sehari sebelum hujan turun dengan lebatnya. Maka, dengan izin-Nya cuaca amat baik sekali.


Antena HF biasa digunakan untuk komunikasi jarak jauh. Aktiviti dxing merentasi luar negara membolehkan komunikasi berjalan dengan baik. Faktor antena yang sesuai setelah ditala dengan baik, pastilah dapat menghasilkan sesuatu keputusan yang cemerlang.


Walaupun teknologi masa kini sangat canggih, peranan rumah api sebagai panduan navigasi kapal dagang masih relavan. Ia dapat menentukan kedudukan sesuatu tempat dan arah. Ia menjadi panduan penting kapten kapal apabila sistem navigasi satelit gagal berfungsi.



Bukit Jugra menghadap Pulau Carey. Keseluruhan pulau ini merupakan ladang kelapa sawit. Kawasan keliling turut dipenuhi hutan paya bakau.


Balai Cerap Bukit Jugra bersebelahan rumah api. Sangat penting dalam penentuan melihat anak bulan dalam kalendar Islam. Terutama penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal yang sangat ditunggukan setiap tahun.























TBM 02 Alamsari Bangi


 Semalam sempat pusing Alam Sari walaupun cuaca agak berjerebu kini. Buat awal pagi masih boleh tahan lagi. Sebelah tengah hari atau petang agak bahaya


Ketika berjalan terpandang satu batu merah bertiang kecil. Rupanya satu TBM 02 telah ditemui di tepi jalan dekat Alamsari. Sebelah kiri sebelum simpang berdekatan Galeri. Bertentangan TBM ini merupakan kawasan pembinaan rumah pangsapuri yang sedang rancak dalam pembinaan.



Ultra rare TBM 02 ini ada plate tertera lambang JKR dan syarikat konsultan ukur. Zam Survey Consultant tertera nama syarikat tersebut. Jarang jumpa TBM yang ada plate tertera organisasi yang meletakkan di lokasi sesuatu tempat. Damia kata ultra rare jika sangat jarang dijumpai.


Kedudukan arah mata angin turut dapat dilihat. Bayang tiang kecil berpaku menunjukkan arah barat. Cat merahpun semakin luntur. Pasti ada TBM 01. Kalau terjumpa boleh cerita lagi di blog ini penemuan tersebut.


Sudah pastilah kedudukan batu ini selari dengan jalan. Para juruukur pasti mudah mengesan batu ini kerana berada dalam rizab jalan utama.

Kepada yang berminat untuk mencari boleh merujuk koordinat di atas. 2.919540 darjah Utara dan 101.803342 darjah Timur. Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Memerang ada di Oasis Park


 Semalam cuti peristiwa bagi penulis dan Damia. Tarikh 10 Ogos 2026 berkesempatan untuk beriadah di Oasis Park Bandar Puteri Bangi. Ada penemuan baik terdapat dalam tasik di Taman Oasis ini. Buat julung kalinya penulis dan Damia telah melihat kelibat seekor memerang.


Ketika itu baru hendak memulakan pusing tasik ini. Melepasi penanda jarak 700 meter. Maka, satu pusingan lengkap mencapai hingga 700 meter jarak. Permulaan penanda 0 meter bermula dari kawasan permainan kanak-kanak. Terus turun ke bawah melalui laluan berpagar warna-warni. Melepasi parit besar salah satu punca air di tasik ini. Tasik ini berfungsi sebagai kolam banjir. Terdapat dua parit besar yang turut menyumbang air ke dalam tasik ini. Jumlah keseluruhan punca air masuk ada tiga dari kawasan sekitar bagi sistem perparitan Bandar Puteri Bangi.


Selepas melepasi parit terus ke laluan lurus dan simpang tanda 700 meter di sebelah kanan. Pada laluan lurus tersebut di dalam tasik kelihatan seekor memerang sedang memakan seekor ikan. Aksi memerang memakan ikan meletak bahagian dada sambil terapung. Menyedari kehadiran telah dipantau  manusia terus hilang dari pandangan. Rasanya ada lagi seekor. Ketika kelihatan seekor sedang makan ikan ini. Ada kelibat serta air tasik berkocak.


Memerang merupakan haiwan liar yang dilindungi oleh undang-undang. Laluan lurus ini permulaan bagi meneruskan aktiviti riadah bagi melengkapi 700 meter sepusingan. Damia lengkap berkasut roda selari serta memakai topi keselamatan untuk aktiviti sukan rekreasi.


Persimpangan tanda jarak 700 meter berwarna merah tersebut. Bergerak ke hadapan sedikitlah terlihat seekor memerang sedap menjamah seekor ikan. Penulis ingatkan seekor biawak di dalam kolam tersebut. Setelah diamati dengan teliti ternyata di dalam air tersebut adalah seekor memerang. Ketika itu, Damia telah bergerak ke depan sedikit. Maklumlah berkasut roda selari telah laju ke depan. Setelah berpatah balik menunjukkan arah memerang tersebut telah hilang dari pandangan. Hanya kocak air kolam sahaja dapat dilihat.


Kami tunggu beberapa seketika. Namun tiada kemunculan memerang tersebut pada permukaan air kolam. Damia kehampaan. "Dekat sini pun ada memerang ke abah?" macam tidak percaya bahawa di Malaysia pun ada memerang. Damia ingat memerang hanya ada di luar negara sahaja. Ada empat spesies memerang di Malaysia. Terdapat 4 spesies memerang yang boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia iaitu Memerang Kecil (𝐴𝑜𝑛𝑦𝑥 𝑐𝑖𝑛𝑒𝑟𝑒𝑎), Memerang Licin (𝐿𝑢𝑡𝑟𝑜𝑔𝑎𝑙𝑒 𝑝𝑒𝑟𝑠𝑖𝑝𝑖𝑐𝑖𝑙𝑙𝑎𝑡𝑎), Memerang Hidung Berbulu (𝐿𝑢𝑡𝑟𝑎 𝑠𝑢𝑚𝑎𝑡𝑟𝑎𝑛𝑎) dan Memerang Utara (𝐿𝑢𝑡𝑟𝑎 𝑙𝑢𝑡𝑟𝑎). Di Semenanjung Malaysia, kesemua spesies memerang adalah dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [𝐴𝑘𝑡𝑎 716].


Kawasan taman yang menghijau menjadi tempat sesuai untuk haiwan bermain dan mencari makan. Ada seekor bangau bertenggek atas dahan pokok berhampiran kolam. Aktiviti riadah diteruskan bergerak ke taman hobbit pula. Ada tiga gelungan yang boleh dilalui dengan pelbagai saiz. Hanya dua gelungan yang dapat dilalui Damia dengan mudah. Gelungan terakhir bersaiz agak kecil sukar bagi Damia untuk melepasinya. Maklum berkasut roda selari membuatkan badan bertambah tinggi.


Oasis Park ini telah dinaik taraf. Beberapa kemudahan telah ditambah baik. Ada beberapa lokasi sesuai untuk bergambar. Umpama taman hobbit ini menjadi tarikan anak-anak untuk melalui kawasan tersebut. Pagar-pagar turut diwarnakan dengan pelbagai warna menyerlahkan nilai estetika. Arca-arca dan hiasan turut sentuhan elemen berwarna-warni. Taman rekreasi awam seperti ini tempat masyarakat setempat untuk melapangkan fikiran dari kesibukan kerja harian.


Pemandangan kolam yang dipenuhi tumbuhan akuatik juga. Pelbagai spesies tumbuhan akuatik yang hidup di sekitar dalam kolam. Bukan sekadar mencantikkan pemandangan. Menjadi habitat pelbagai jenis haiwan juga. Turut berfungsi memulihkan air menjadi lebih baik dan jernih. Tidak hairanlah memerang tersebut datang mencari makan di sini.


Menurut Prof Madya Dr Hasmahzaiti Omar dalam artikel Berita RTM bertarikh 23 Disember 2025 jam 11:31 pagi.
Memerang ialah bioindikator penting bagi menilai kesihatan sungai, tasik dan laut. Kehadiran memerang menunjukkan perairan yang bersih dan seimbang.

Peranan memerang amat penting dalam mengekalkan ekologi dan biodiversiti kerana hilang satu, rosak segalanya, iaitu kehilangan satu komponen ekosistem boleh menjejaskan keseluruhan keseimbangan alam. Oleh itu, kehilangan memerang boleh menyebabkan ketidakseimbangan yang serius dalam ekosistem akuatik.


Terdapat juga bunga teratai merah dan putih kembang mekar di pagi hari. Ini menambahkan lagi keindahan kolam di Taman Oasis ini. Banyak lagi pokok akuatik dengan pelbagai fungsi dapat  menapis kelodak dan lumpur bertukar menjadi jernih. Kolam ini pernah di dalamkan semula. Ketika itu kelihatan air berlumpur masuk ke dalam kolam ini. Selepas beberapa bulan kolam ini kembali jernih seperti hari ini.


Terdapat laluan turun ke kolam bagi kerja-kerja penyelenggaraan menggunakan pelbagai jentera boleh dimasuki. Akses yang mudah membolehkan kerja mencuci kolam berjalan lancar. Kebiasaannya terdapat juga pengunjung yang suka turun ke laluan tersebut untuk memancing.


Ada satu titi merentangi kolam ini. Bahagian pagar di cat berwarna-warni mencantikkan lagi pemandangan taman ini. Segala kehidupan akuatik boleh dilihat lebih dekat dari atas titi tersebut. Ini dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru pengunjung mengenali sesuatu spesies hidupan akuatik.



Kembali kepada laluan riadah  untuk ke penanda 700 meter semula. Semasa berjalan tersebut sekali lagi kelibat memerang berada di tengah kolam. Riak-riak air yang  bergerak secara bulatan menandakan memerang berenang. Pada kali ini Damia dapat melihat jelas kepala memerang tersebut. Kemudian terus menyelam dan tidak timbul lagi. Hanya kocakan air sahaja dapat dilihat.


Selepas menunggu beberapa detik, memerang masih tidak timbul dan terus menghilangkan diri. Ketahuilah bahawa memerang tersebut mengetahui ia senantisa diperhatikan manusia. Kebarangkalian memerang ini datang dari Hutan Bukit Tunggul berdekatan Kampung Sungai Buah. Hanya hutan itulah yang paling dekat dengan Bandar Puteri Bangi. Kemungkinan memerang tersebut mengikut sungai dan aliran air hingga membawa masuk ke kolam ini.


Mungkin selepas selalu melihat kelibat manusia pasti ia tidak takut lagi. Sekurangnya dapatalah melihat ia naik ke darat berkejar-kejaran. Barulah boleh mengambil gambar sebagi bukti nyata tentang kehadiran memerang tersebut. Segala rekod sebagai bukti bahawa memerang telah berada di kolam ini. Segala data dan rekod penting bagi rujukan pihak pengkaji haiwan terkawal dan dilindungi.


Selepas berjaya mengharungi satu pusingan kolam. Damia menyambung bermain di taman permainan kanak-kanak. Lokasi ini sangat sesuai untuk bermain kasut roda selari ini. Pastikan pengunjung tidak ramai terutama hujung minggu. Ini kerana waktu puncak ramai orang datang untuk beriadah bersama anak mereka.


Aksi Damia bermain kasut roda selari sekitar kawasan pondok. Laluan pejalan kaki sekitar taman ini yang agak rata serta beralun. Mengawal pergerakan menuruni bukit secara terkawal tanpa menggunakan tenaga yang banyak.


Beberapa tahun sudah taman ini dibuka Damia suka main panjat-panjat. Peralatan permainan panjat memanjat itu berpagar dan lebih selamat. Ibubapa memantau segala pergerakan anak-anak di bawah. Ada tiang bomba Damia suka turun dari situ. Perkembangan mental dan fizikal semasa proses membesar amat penting melalui pengalaman bermain kemudahan abad ini.


Jongkang-jongket alaf baru lebih pendek berbanding yang tradisional dahulu. Turf menggantikan rumput asli mudah diselenggara dan selamat jikalau terjatuh.


Sempat naik jongkang-jongket dengan berkasut roda dan memakai helmet. Berhenti sebentar sebelum menyambung pusing sekitar pondok lagi.


Kali ini pusingan lebih jauh ke depan bergerak antara pondok ke pondok. Ada alat senam turut disediakan di taman ini. Ada papan tanda pelan turut dipaparkan. Ada beberapa spesies burung turut direkod dan dinyatakan pada papan tanda tersebut juga.

Harapan satu hari nanti dapat melihat lagi memerang tersebut sabagai bioindikator kolam di taman Oasis ini. Kewujudannya menandakan air kolam itu sangat bersih dan baik sebagai habitat. Tahniah dan syabas kepada pihak pemaju yang menyediakan kemudahan terbaik untuk komuniti setempat. Hidupan flora dan fauna turut dijaga dengan wujudnya taman seperti ini.

Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet de 9w2dya

Pusing Bukit Ampang ke Semenyih


 Hari ini percubaan mencari liputan LoRa sekitar Hulu Langat ke Semenyih. Stesen Digipeater 9W2DYA-3 liputan hingga Bukit Raya di Jalan Hulu Langat. Manakala sebelum itu, 9W2DYA-6 berjaya menghantar packet ke digipeater 9W2DYA-3 bermula dari Plaza Tol Batu 11 hingga ke persimpangan Telekom. Berjaya menghantar 5 packet melalui laluan tersebut.

Manakala sektor  Kampung Bukit Raya pula bermula dari SK Bukit Raya hingga ke loji air. Laluan Jalan Hulu Langat tersebut berjaya menghantar 6 packet.


Kemudian terus ke Bukit Ampang dari Pekan Batu 14 Hulu Langat. Kenderaan sesak menghala ke Pangsun. Agaknya hendak bermandi-manda kerana cuaca agak panas dalam seminggu lepas. Melepasi juga Lebuhraya Lembah Klang Timur. Melepasi Puncak Alop kawasan tarikan baru menggantikan kawasan yang lama dahulu ada Menara Pandang. Ada kelapangan lain boleh singgah semula nanti.

Tiba simpang Persiaran Saujana berhenti sebentar. Bermula dari Puncak Alop telah berjaya menghantar packet ke Igate yang menghadap Ibu Kota. Persimpangan tersebut kawasan melihat pemandangan Kuala Lumpur yang terbaik. Malangnya WX pagi tadi berjerebu menutup pemandangan. Altitud ketinggian selepas Puncak Alop itu adalah 171 m dari aras laut.

Bergerak dari simpang terus turun semula ke penghujung Persiaran Saujana dapat satu packet juga di situ. Kemudian berpatah balik naik semula menghala ke Puncak Alop. Lebih kurang 13 packet jumlah berpatah balik semula. Altitud ketinggian berjaya direkodkan adalah 203 m dari aras laut. Terus menghala turun semula ke Pekan Batu 14 Hulu Langat.

Tiba di Pekan Batu 14 Hulu Langat kenderaan masih sesak menghala ke Pangsun. Memandu pula terus ke Jalan Sungai Tekali hingga ke puncak Bukit Antu gelaran ramai. Patut panggil Bukit Tekali. Tiada packet berjaya di perolehi hingga ke Semenyih.

Tiba di Semenyih masih tiada sebarang packet juga. Terus bergerak ke Igate 9W2PAW-1. Masuk dari Jalan Broga melepasi SJK(T) Ladang Semenyih barulah berjaya menghantar dua packet ke 9M2PJU-2 di Kem Tun Ibrahim. Jalan terus ke depan lagi baru berjaya hantar dua packet lagi ke Igate 9W2PAW-1


Sementara itu stesen 9W2ZSH-7 berjaya menghantar beberapa packet ke digipeater 9W2DYA-3. Stesen itu berada di Kg Batu 10 kemungkinan menghadiri kenduri kahwin. Terdapat sebuah dewan majlis perkahwinan di lokasi 9W2ZSH-7.

Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya


Tasik Jentayu

  Pagi hari minggu aktiviti mengukur jarak tasik diteruskan lagi. Pada kali ini, giliran Tasik Jentayu yang terletak di Bandar Enstek, Nilai...