Gotong-royong V47 di rumah Pak Razif 9w2JQQ

Pada 28 haribulan Februari semalam diadakan aktiviti gotong-royong membuat antena yang diadakan dirumah Pak Razif di Taman Seri Indah, Balakong Cheras.Ramai rakan ham yang turut hadir untuk memberi sokongan dan mempelajari membuat antena dari Pak Razif yang berpengalaman membuat antena dari bahan kitar semula. Kreativiti dan berani membuat uji kaji dapat menghasilkan antena yang boleh berfungsi dengan baik. Antara rakan ham yang hadir ialah 9w2ntt,9w2tbc,9w2bjt,9w2wnn,9w2psu,9w2jbd,9w2zyl,9w2abs,9w2gfa,9w2bct,9w2uwr,9w2pdt,
9w2pga,9w2byy,swl Zamri,swl Amar,swl Jasrul sehingga 2 petang. Selepas itu saya pulang kerana ada tugasan. Ketika hendak pulang 9w2bct sibuk persiapan untuk dx. Sebelum itu 9w2pdt juga memasang antena dari jelopinya. Selain mempelajari membuat antena ada juga rakan berkesempatan memancing ikan baung di Sungai Langat.Banyak perkara dapat dipelajari dan perkongsian ilmu dan maklumat sesama rakan-rakan bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Pak Razif atas kesudian beliau mengadakan aktiviti ini bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman disamping dapat bertemu rakan-rakan yang sebelum ini hanya qso diudara sahaja. Tidak terlupa juga pada V47 yang mengadakan aktiviti ini bagi mengeratkan lgi hubungan sesama rakan komuniti.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...