Kesibukan dengan tugasan menyebabkan kurang qso di base station. Kesempatan semasa latihan pusat merentas desa di Pejabat Pelajaran membolehkan qso dengan 9w2mjr dan 9w2guz di Taman Sutera, kajang dan Bandar Baru Bangi. Oleh kerana jaraknya tidaklah jauh maka kenalah pukat oleh kedua rakan yang selama ini hanya qso diudara. Selepas temu janji datanglah abg misai dengan kuda besinya memanggil-manggil 9w2dya, ketika itu aku menunggu di Tesco. Setelah menjawab panggilannya nampaklah kelibatnya di pintu pagar pejabat pelajaran dan bersalamanlah. Sementera tunggu abg ghaz tiba dapatlah berbual-bual dan tiba-tiba datang kelibat seseorang dengan kuda besi yang lebih besar. Tidak lain lagi itulah 9w2guz dan kamipun minum di depan Hospital KPJ .Sembang-sembang sampai 12.30 tgh mlm berhenti kerana malam itu aku ditugaskan menjaga budak-budak dalam latihan pusat merentas desa MSSS yang diadakan di Sepang pada 27 Mac yang lalu. Pagi esoknya sempat juga qso dengan 9w2pga abg jo yang hendak ke kebun getahnya menoreh dan juga abg misai dan aziz 9w2uaa yang bermobile ke saltmine. Semasa qso dengan aziz sempatlah melihat jelopinya yang betul-betul lalu depan aku ketika itu aku berada ditepi padang memantau pelajar melakukan latihan. Semasa hari kejohanan cuba juga memanggil rakan-rakan di Sepang tetapi tidak berjawab. Hanya dapat monitor jalur yang ada ketika menginap di Bagan Lalang.
Pada 1, 2 dan 5 April pula aku portable di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk kejohanan Balapan dan Padang MSSDHL 2010. Sepanjang ini dapat juga qso dengan Abg Man 9w2bmx di base nya di BTR.Info trafik yang diberi tentang kelas RAE dI jalur V47 untuk rakan swl yang akan mendudukinya minggu depan. 9w2dya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment