Gunung Hitam, Hulu Langat

Pemandangan dari Puncak Bukit Resam Ambat


Pemandangan berkabus di puncak


Bergambar kenangan selepas penat mendaki


Kepuasan terpancar berjaya menawan Bukit Resam Ambat




Ekspedisi  cuti tahun Baru tahun lepas aku bersama tiga rakan untuk meneroka laluan baru ke puncak Gunung Hitam terletak di Banjaran Titiwangsa sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.Xpdc bermula di Genteng Peres lat 3.1181'N ,long 101.9616'E sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan menyusur laluan bekas trek balak ke atas puncak bukit. Kemudian perjalanan turun melului lembah dan lurah sepanjang sempadan dilihat melalui peta sahaja. Batu sempadan tidak kelihatan berbanding dengan puncak-puncak gunung di trantitiwangsa. Jadi kami bergantung kepada kedudukan gps garmin dan pemerhatian terhadap peta dan keadaan muka bumi terutama aras ketinggian sesuatu tempat. Pengalaman rakan-rakan juga turut membantu dalam mencapai ke puncak. Seterusnya perjalanan di tanda sebagi CP 1 lat 3.126'N, long 101.9623E dengan ketinggian 683m dari aras laut.  Kemudian recce diteruskan lagi mendaki dan menuruni dicelah-celah pokok dan puncak-puncak permatang ke Bukit Batu Bulan. Puncak Bukit Batu Bulan lat 3.1429'N, long 101.9632N dengan ketinggian 897m dari aras laut. Akhirnya perjalanan dah semakin lewat hanya tiba ke puncak bukit Resam Ambat 1129m dari aras laut lat 3.152'N, long 101.9589N mengambil gambar kenangan di sini. Pemandangan ditutupi pokok-pokok di atas puncak batu menanda tamatlah penerokaan ke puncak Gunung Hitam tidak kesampaian. Perjalanan pulang patah balik semula ke Genteng Peres selamat tiba waktu malam selepas sehari perjalanan trekking.
9w2dya

Gotong-royong perdana membersih dan renovate clubhouse Astra wilayah tengah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




Disini kami memohon kerjasama semua terutama AJK/Biro & Ahli-ahli ASTRA dan semua Amatur/SWL bagi memaklumkan serta menjayakan aktiviti seperti dibawah :



Tarikh : 4hb Julai 2010 ( Ahad)

Masa : 1:00 Tghari - Hingga selesai.

Tempat : No 5A Jln. Pengeluaran U1/78, Batu 3 Light Industrial Park,

40150 Shah Alam Selangor

GPS Info : will be updated soon!!
Infokan kpd semua, supaya membawa bersama peralatan-peralatan utk kerja-kerja pembersihan. Sebarang bentuk sumbangan seperti perabot, peralatan-peralatan elektrik ataupun wang ringgit amat dialu-alukan.



Utk details, sila hubungi Program Coordinator dibawah :



9W2WPC - En. Badrul 017-3092630

9M2VOL - En. Kamal 012-3160357



Atau mana-mana AJK/Biro yang berhampiran. Terima kasih diatas sokongan & kerjasama semua.



73s de 9m2gtr

Timb.Peng. Negeri - Astra Wilayah Tengah
Petikan dari astra-tengah.blogspot.com
9w2dya

Cuti sudah habis

Cuti sudah habis memulakan hari seperti sedia kala sibuk dengan tugasan. Lama tak qso qrl dengan tugasan di base. Sampai saltmine baru dapat mencapai internet. Sepanjang cuti terdapat pelbagai peristiwa di kalangan rakan ham yang ada kehilangan orang tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat tuhan dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.9w2dya

Fraser Hill

Cuti hujung minggu yang lalu berkesempatan bercuti ke Fraser Hill, Pahang melalui Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor. Selepas ke waliamtul urus di Selayang jalan Hulu Yam , Sungai Tua persandingan rakan saltmine terus ke Fraser Hill melalui kawasan perkelahan Sungai Tua dan empangan Batu kelihatan ramai orang mengambil cuti bersama keluarga. Perjalanan melalui Pekan Hulu Yam Baru dan Batang Kali dan turut melewati simpang ke Genting Highlands.Selepas melalui pekan Kuala Kubu Baru perjalanan diteruskan melalui kawasan empangan Sungai Selangor yang pada masa dahulu menjad tumpuan aktiviti berkelah di sungai yang berjeram. Kini hanya tinggal kenangan setelah kawasan ini ditenggelami air akibat projek empangan air untuk keperluan rakyat Selangor. Pengunjung terus memberi tumpuan di kawasan Pertak untuk bermandi-manda dikawasan air sungai yang berjeram deras dan mengasyikkan dengan kedinginan terutama pada waktu panas. Kelihatan banyak kereta diletakkan dibahu-bahu jalan menunjukkan betapa ramainya orang berkunjung ke situ.
Seterusnya perjalanan terus mendaki dan berliku-liku menyebabkan xyl aku pening kepala kerana jalan yang berpusing-pusing. Nasib baik driverpun tak pusing kalau tidak masuk gaung habislah. Jadi berhati-hati ketika memandu di sini kerana selekoh yang tajam di samping jalan yang sempit. Kelihatan sekumpulan kera dapat dilihat sepanjang perjalanan ke Gap. Kita juga akan melalui kawasan bersejarah semasa zaman sebelum kemerdekaan dahulu, tempat serangan pengganas komunis terhadap pasukan keselamatan. Tibanya di Gap kelihatan projek menaik taraf kemudahan dan Rumah Rehat Gap sedang rancak dijalankan. Pembinaan jambatan gantung yang baru menjadi daya tarikan baru dan menarik sementara menunggu giliran naik ke Fraser Hill. Setibanya di Gap pintu ke sana sudah tutup memaksa aku menunggu hampir sejam sebelum giliran naik ke atas. Waktu ganjil adalah untuk kenderaan naik ke atas, manakala waktu genap adalah kenderaan turun dari Bukit Fraser. Sebelah negeri Pahang ini di bina kemudahan Surau, gerai dan tandas membolehkan aku berehat seketika menikmati mili tarik sebelum meneruskan perjalanan.
Tepat pukul 5 kelihatan banyak kenderaan telah beratur untuk meneruskan perjalanan ke atas. Perjalanan satu hala terus ke Fraser Hill sejauh 8km hinggalah ke pusat bandar berhenti dan mencari tempat penginapan.Nasib menyebelahi aku dan xyl kerana hanya terdapat sebuah bilik deluxe yang tinggal di Puncak Inn. Jadi di situlah aku bermalam untuk bercuti di kawasan peranginan yang masih lagi mengekalkan keindahan dan kehijauannya. Di pekan ini terutamanya menara jam terdapat pembinaan untuk mengindahkan lagi kemudahan yang ada. Kesempatan juga bergambar kenangan di sebelah petang dengan suhu yang diingin menjadi kenangan yang tidak dapat di lupakan. Bukan sahaja penduduk tempatan berkunjung di sini, malahan warga asing terutamanya dari Singapura turut berkunjung di Little England ini. Selepas melihat-lihat bilik dan meninggalkan barang. aktiviti di teruskan dengan jalan-jalan cari makan. Terus ke medan selera untuk mengisi perut yang lapar di kawasan taman permainan yang telah dinaik tarafkan.Walaupun harga makanan sedikit mahal tetapi perut yang lapar perlulah diisi selepas perjalanan yang panjang.Ketika ini aku terperasan kenderaan rakan ham 9w2ppd dan 9w2tmp tetapi tak tahu mana tuan yang empunya kenderaan.
Ketika malam cuaca dingin dengan kabus yang tebal meyejukkan hingga ke tulang. Lama sudah tidak merasa suasana begini selepas lama sudah tidak mendaki gunung.Lebih-lebih lagi bersama isteri tercinta mengambil gambar kenangan kerana pada sebelah malam pihak berkuasa menyediakan lampu limpah di tengah-tengah pusat tumpuan pelancong.
Pada keesokan harinya pada hari ahad 30 mei 2010 aktiviti selepas sarapan adalah trekking ke denai Hammant sejauh 1km. Denai hutan ini menarik untuk melihat keindahan hidupan hutan terutamnya burung-burung yang sememangnya banyak  terdapat di Fraser Hill. Seterusnya berjalan ke Paddock dan tempat aktiviti memanah dan woodball.
9w2dya

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...