Beraya di Ladang Cenas

 Raya tahun ini di Johor pula, tahun lepas di Bagan Serai rumah Ibu xyl. Pulang hari rabu sebelum raya dan pulang hari rabu selepas raya. Sempat juga monitor di frekuensi 145.737mhz transnasional astra dan 146.650mhz Jasra. Sepanjang hari raya qrl juga, sempat juga curi-curi monitor, tapi tak sempat hendak memancar ke pengulang Pulai. Qth atas bukit terus ke Pulai dapat terima 59 dengan baik. Jalur Jasra masa monitor dapat dengar lokalan V66 qso seperti 9w2nsx, 9w2ceh, 9w2dga dan 9w2mjr. Hari terakhir di johor cuba memancar Jasra tetapi tidak dapat disahut oleh rakan lain mungkin qrl dengan tugasan. Jalur Transnasional dapat juga qso dengan 9w2cig yang bermobile dari utara ke kawasan tengah ketika itu di higway plus kawasan juru. Semasa ke Johor Bharu pula monitor juga di 145.600mhz tak qsl repeater mana. Simplex kedengaran V47 rakan sedang qso di JB. Bulan disember ini balik lagi ke Johor boleh cuba lagi qso dengan rakan lain.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...