Majalah CQ Amateur Radio Communications & Technology

Majalah CQ yang terkenal yang menyambut ulang tahun ke 65 sejak 1945 telah aku temui. Apa lagi belasah walaupun harga senaskah RM24.90 harga asal di US cuma $5.99 sahaja. Aku ambil bulan september 2010 sahaja, walaupun untuk bulan Julai dan Ogos turut dijual di Popular book shop di Mutiara Damansara di pusat membeli belah Ikano. Rakan ham yang bermnat boleh dapatkan segera dikhuatiri kehabisan stok boleh tunggu keluaran seterusnya pula. Banyak perkara baru dapat dipelajari dan diketahui melalui pembacaan majalah. Model-model radio yang terbaru dari jenama terkenal turut dapat diikuti. Berita-berita tentang perkembangan radio amatur terkini dapat memberi makluamat yang tepat dan terkini di serata dunia. Pembacaan ini membuka lebih minda dan pengetahuan yang sememang berkembang ikut peredaran terkini. Maklumat lanjut boleh melayari http://www.cq-amateur-radio.com/

73 Jojet , 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...