Ini gambar bersama swl Fahmi di dalam Gua Tempurong yang lalu semasa mengadakan aktiviti meneroka
gua bersama pelajar-pelajar. Aktiviti yang menarik dan mencabar menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
peserta. Bermula dengan meneroka melalui sungai bawah tanah hinggalah menaiki tangga hingga ke puncak.
Selepas itu menuruni tangga disajikan pemandangan yang indah dengan bantuan lampu-lampu yang dipasang
di beberapa lokasi. Paling menyeronokkan semasa menggelongsor dipermukaan batu dan ketika melalui
sungai di bawah batu dan melalui lubang atau lohong untuk melepasi halangan.9w2dya.
No comments:
Post a Comment