9M4SJO JOTA ke 53 2010

Pada hari Sabtu 16 Oktober berkesempatan mengikuti program JOTA dan JOTI di stesen 9M4SJO QTH di SJK(C) Ladang Bukit Keledek, Nilai 71800 Nilai Negeri Sembilan. Sekolah yang baru ini sukar juga untuk dicari jika kita tidak bertanya kerana kedudukannya jauh ke dalam, tetapi ia berdekatan dengan Nilai College. Setibanya di sana kelihatan beberapa buah khemah telah didirikan untuk penginapan ahli pengakap dari seluruh Seremban. Kelihatan pelbagai aktiviti sedang dijalankan seperti khidmat masyarakat, aktiviti menganyam ketupat, aktiviti JOTI dan yang dicari adalah stesen radio 9M4SJO bagi stsen JOTA Negeri Sembilan 2. Dari jauh sudah kelihatan antena menyebabkan aku teruja untuk melihat aktiviti radio amatur pada hari itu. Setibanya di stesen kelihatan 9W2MYZ sedang mengendalikan radio bersama ahli-ahli pengakap qso di jalur NESRAC dan dipantau bersama 9W2RNC. Sementara 9W2ZE sedang mengendalikan set HF untuk aktiviti hari tersebut.
Seterusnya qso ahli pengakap diteruskan untuk memberi pengalaman tentang dunia radio amatur.Ramai yang seronok apabila dapat qso kerana merupakan pengalaman yang baru rata-ratanya.
Kemudian 9W2TBD dan 9W2NIE, turut hadir di stesen 9M4SJO bagi memberi sokongan terhadap aktiviti ini. Aktitviti secara simplex dijalankan antara 9W2RNC dikonti dan 9W2NIE di tapak perkhemahan bagi ahli pengakap memahirkan diri untuk qso sebelum menggunakan jalur di pengulang.
Selepas itu kelihatan 9W2WFL dan 9W2FHZ tutur hadir bagi memberi sokongan. 9W2KDJ datang bersama dua harmonicnya yang juga mempunyai pengetahuan dalam radio amatur.
Aktiviti terus berjalan mengikut 4 stesen yang dijalankan mengikut kumpulan. Setiap aktiviti akan bertukar setelah mengikut tempoh masa yang ditetapkan bagi memberi semua peluang kepada setiap ahli merasai pengalaman itu. Aktiviti JOTI tidak kurang meriahnya, ahli pengakap berkomunikasi dengan pengakap yang lain secara chat melalui internet diseluruh dunia.
Ini juga pengalaman pertama tentang HF ketika monitor 9W2KDJ dan 9W2MYZ qso di frequensi. Stesen juga dapat contact dengan stesen jota yang lain seperti 9M4SJA, 9M4SJP, 9M4SJN, 9M4SJV dan lain-lain stesen lagi.Harap selepas ini dapat menyertai lebih banyak stesen jota pada tahun hadapan. Tidak lupa juga dengan 9W2ZE yang dapat berkongsi pengalaman dan cerita tentang radio dan juga rakan-rakan Nesrac yang lain. Ini kerana satu aktiviti yang baik untuk mempromosikan lagi aktiviti radio dikalangan generasi muda. Syabas Nesrac atas penglibatan dalam aktiviti JOTA.
73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...