Hari sabtu ini 30 Oktober akan berlangsung kejohanan PSKPP di RRIM Sungai Buloh. Kejohanan tahunan ini mengumpulkan pasukan dari setiap daerah bagi menentukan wakil ke peringkat kebangsaan. Aku dipanggil untuk menyertai jogathon setelah pemilihan yang dibuat tiada sambutan, jadi pengurus pasukan menyuruh aku mangambil bahagian, jadi akupun setuju memandangkan sudah lama juga tidak menyertai pertandingan larian jalan raya mahupun merentas desa. Menurutnya jarak pertandingan adalah sejauh 8km mengikut trek di persekitaran pusat penyelidikan itu. Pernah dulu aku pergi melihat kejohanan ini 2 tahun lepas, persaingan pasti sengit bagi menunjukkan kejaguhan. Trekpun boleh tahan, habislah baru minggu lepas aku mula berjoging. Harap dapat tamatkan larian dengan baik. Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki dan Perempuan terbuka serta Lelaki dan Perempuan Veteran. Matlamat aku nak habiskan larian tanpa masalah kecederaan.
Persediaan untuk beberapa hari lagi ditingkatkan jarak dan masa. Aku berlatih di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Taman tasik yang menyediakan kemudahan riadah bagi penduduk setempat. Kalau hendak memancar ke Nesrac dan jalur panjang astra memang boleh memandangkan kedudukan tasik ini dikawasan bukit. Sempatlah juga aku qso dengan abg Taib 9W2TBD selepas berlatih minggu lepas. Puncak Genting dan Telapa Buruk memang boleh kelihatan jika cuaca baik. Jadi tiada masalah untuk memancar memandangkan hanya menggunakan handy.
Akhir sekali menyertai larian semasa di Maktab di Sungai Petani ketika menyertai merentas desa. Sejak itu jarang dapat berlari lagi.Akhir kata lari dan terus berlari untuk jaga kesihatan juga.
73, Jojet, 9W2DYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment