Hala tuju radio amatur di Malaysia

4. Fees RM 60 untuk AA harus dihapuskan. Yuran AA kelas A & B perlu dikaji semuala ini kerana di US dan UK Lesen Radio Amatus adalah PERCUMA tak dikenakan apa-apa bayaran.
        Nota: Perkara ini telah penulis utarakan kepada pihak
        berkuasa beberapa tahun   yang lalu namun tidak mendapat
        perhatian sehingga kesaat ini
 
Petikan diatas merupakan hasil nukilan dari 9M2AU daripada blog beliau yang bertajuk Ke mana hala tuju Radio Amatur di Malaysia? . Menarik sekali tajuk yang dituliskan itu, mengundang saya untuk memberi pendapat tentang artikel no 4. Mengenai yuran yang dikenakan untuk memperbaharui lesen. Pada pendapat saya yuran ini patut dihapuskan sama sekali. Ini sangat membebankan pemegang lesen yang memperbaharui setiap tahun. Saya sendiri berasa pelik mengapa harus membayarkannya sedangkan saya telah diberi hak untuk memiliki lesen seperti tahun sebelumnya. Ingatkan bayar sekali sahaja dikenakan ketika memperbaharui lesen.Rupanya setiap kali proses lesen baru  ia mesti dikenakan. Kalau setiap tahun perbaharui maksudnya setiap tahunlah dikenakan sebanyak RM60 ditambah lesen sebanyak RM24 setahun. Sehingga kini AA saya belum tiba di base baru ini. Harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan untuk menghapuskan terus yuran tersebut atau mengurangkannya. Sebabnya ia sangat membebankan rakyat.
 
73, Jojet, 9W2DYA.

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...