Pada hari jumaat malam sekitar jam 9 lebih sebelum bermulanya acara 2Meter Net Setia bersama Astra yang dikendalikan oleh 9W2FLL radio operator Nashruwan. Berlaku suatu peristiwa menarik untuk tatapan rakan sekalian. Sebelum itu qso antara 9W2EDK bersama 9W2BDM ke udara di jalur Transnasional dan putus begitu sahaja. Selepas itu, terdengarlah seperti PTT sedang ditiup-tiup.Jika hendak memastikan samada ptt itu masih berfungsi eloklah buat uji pancar memanggil mana-mana rakan untuk mengetahui sejauh mana audio dapat diterima oleh rakan lain. Bukannya dengan menekan ptt sambil menghembus-hembus kerana audio itu dapat diterima oleh rakan lain yang sedang memantau. Mungkin rakan itu tidak sedari bahawa pttnya sebenar tidak rosak ataupun memang sengaja dilakukan tidaklah kita fahami. Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku kerana tidak mengikut etika ataupun rakan itu masih baru lagi mendalami dan mempelajari dalam dunia radio dua hala ini. Perlulah diingatkan bahawa jalur ini senantiasa dipantau oleh rakan-rakan lain kerana liputannya sangat meluas.Lebih-lebih lagi jika waktu itu akan diadakan 2meter Net, pasti rakan tertunggu-tunggu untuk check-in. Ramai juga yang monitor daripada QSO di jalur kerana lebih suka mendengar perbualan rakan lain. Harap rakan itu tidak melakukan perkara yang sama lagi, kerana mengganggu dan juga kemungkinan ada sebarang trafik yang penting mungkin hendak disampaikan oleh rakan lain.
73, Jojet, 9W2DYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment