Monitor di 145.550MHz

Malam ini kira-kira jam 10 malam hingga 10.40 sempatlah aku monitor di 145.550MHz. QTH aku di Bangi boleh RX audio dari Banting iaitu 9W2KIV abg Roslan terima anda 4/8 boleh dicopy audio sepenuhnya. Abg Roslan QSO bersama Papa Rock 9W2PRR mungkin di Shah Alam tak silap aku basenya di sana. Terima beliau juga 4/8 takde masalah. Kemudian kedengaran Abg Ismail 9W2PPH masuk bergabung QTH mungkin di Subang juga terima 5/9 cantik bergaya. Manakala abg Khairul 9W2DOE QTH Saujana Putra juga dicopy 5/9 tanpa masalah. Akhir sekali Pak Mus 9W2OMY aku tak QSL mana QTH mungkin di Bangi terima juga 5/9.
Aku monitor menggunakan handy antena rubber duck berada di dalam rumah ditingkat atas rumah teres dua tingkat. Memang malam ini propagasi sangat baik. Window membuka ke arah barat laut dari Bangi. Harap rakan QSL atas trafik ini. Terima kasih. jumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA.
http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Belon Pembukaan 2025

  Cuti Tahun Baru 2025 digunakan mencari lagi belon kaji cuaca yang masih berbaki. Bergerak semula ke Bukit Changgang jalan sebelum stesen m...