Monitor Di Kota Bharu

Hari sabtu hingga isnin yang lalu aku ke pantai timur. Pada 1 Oktober aku bersama xyl bertolak ke Kota Bharu dari Bangi bermula jam 9 pagi. Perjalanan lancar melalui Karak highway dan terus melalui Bentong, Raub dan Kuala Lipis. Berhenti makan tengahari di Merapoh sebelum meneruskan perjalanan melalui Gua Musang, Kuala Krai dan tiba di Kota Bharu jam 4 petang. Sepanjang perjalanan sempat juga monitor dan juga melihat antena banyak kelihatan di tepi-tepi jalan. Ini menggambarkan rakan ham ramai di negeri ini.
Aku menginap sebuah hotel di Kota Bharu berhadapan dengan sungai Kelantan. Kedudukan ditingkat 5 membolehkan aku monitor dengan baik menggunakan handy. Berdasarkan antena yang banyak kelihatan di mana-mana sahaja maka tidak hairanlah bahawa dijaluran juga kelihatan sangat sibuk rakan QSO antara satu sama lain. Bukan rakan kita sahaja, audio dari negara jiran juga dapat dicopy baik tetapi tidak fahamlah apa yang mereka bualkan.
Pada pemerhatian aku frekuensi 147.650MHz amat jelas diterima. Kedengaran audio 9W2WIE, 9W2ZWI, 9W2HKT, 9W2CNC, 9W2IMP dan 9W2KEY. Manakala di frekuensi 146.975MHz kedengaran audio 9W2AYK, 9W2ZNM dan 9W2VDO. Bagi frekuensi yang dapat dicopy dari base aku adalah 147.175MHz dan 147.8625MHz. Frekuensi yang lain dapat kedengaran rakan adalah 146.850MHz, 146.9375MHz dan 144.675MHz.
Keesokannya 2 Oktober aku monitor lagi di frekuensi 147.650MHz. Kedengaran 9W2DNH, 9W2SWD, 9W2ALI, 9W2ZWI, 9W2DRN, 9W2DAY, 9W2TXT dan istemewanya rakan jiran HS9KKX di Narathiwat. Melalui radio ini boleh mengeratkan hubungan antarabangsa iaitu persaudaraan melalui udara.
Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu singgah ke kedai Payang kerana XYL ingin membeli kain batik yang cantik. Lupa nak bawa keluar handy kalau tidak boleh monitor. Selepas membeli-belah perjalanan diteruskan ke Kemaman. Aku menginap di bandar Chukai sebelum meneruskan perjalanan pulang esok. Monitor di 147.400MHz kedengaran 9W2CRI dan 9W2FKR.
Hari terakhir 3 Oktober aku makan tengahari di Chukai sambil monitor di 146.100MHz tak silap aku jalur ini kedengaran 9M2MUS dan 9W2TNT QSO di Kuantan.

73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Belon Ozonesonde Gaya Baru

Credit 9W2OCX   Belon ozon KLIA telah jatuh pada hari khamis yang lalu telah berjaya ditemui pagi tadi di Nilai. Belon ini disedari oleh Zah...