Monitor frequensi 146.500MHz

Pagi tadi sekitar jam 9.50 pagi hingga 10.30 pagi sambil bersiap hendak ke saltmine sempatlah aku monitor di jalur 146.500MHz WX sangat baik cerah memungkinkan aku mendengar audio 9W2WAK di Kota Warisan. Beliau sedang QSO bersama abg zamri 9W2ZBV di Seri Kembangan dan 9W2ODN di Bandar Baru Bangi. Ketiga-tiga rakan aku dapat copy audio sangat baik 5 9 dari base aku di Bangi. Kemudian dapat dicopy audio abg udi 9W2NBF apabila menggunakan kuasa pancaran 10 watt. Selepas itu audio terus menurun dan tidak dapat dicopy langsung.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com
 

No comments:

Post a Comment

Tiga belon berturut

Credit 9M2MDZ   Tiga belon berturut telah berjaya diperolehi oleh Zahrin 9M2MDZ. Belon terakhir belon KLIA pagi tadi. Jatuh di Kampung Hulu ...