CQWW WPX Contest 2012 telah berlangsung pada 24 hingga 25 Mac 2012 mengikut waktu UTC.Kesempatan waktu yang ada membolehkan aku monitor melalui webSDR. Inilah masa yang ditunggu-tunggu kerana frekuensi pada waktu ini sangat aktif dengan CQ CQ contest.
Melihat pada waterfall garisan-garisan putih kelihatan sangat banyak jika dibandingkan dengan hari yang lain. Mungkin juga propagasi pada hari itu sangat membantu rakan-rakan memanggil rakan yang lain. Jika kepekatan warna putih itu dilihat melambangkan penerimaan sangat baik sekali iaitu 59. Saat inilah yang paling menyeronokkan kerana aku boleh mengubah ke mana-mana frekuensi mendengar audio dengan baik sekali.
Selepas mendapat copy callsign yang didengar maka boleh terus disimpan ke dalam logbook website itu.
Hari pertama contest aku bermula jam 17:22 UTC hingga 19:24 UTC. Aku menggunakan 2 website webSDR iaitu YO3GGX dan VK3YT. Satu di negara Romania dan satu di Australia. Pertama kali aku menggunakan webSDR Australia walaupun penerimaan sangat kurang baik tetapi dapat dicopy rapi. Dengan hati-hati aku mendengar dengan sepenuh hati untuk copy callsign yang dapat didengari. Berbanding di Romania rakan di Eropah sangat aktif pada masa itu memudahkan aku copy callsign dengan mudah sahaja.
Walaupun menggunakan SDR cabarannya mungkin berbeza berbanding menggunakan set radio yang sebenar. Tetapi itulah nikmatnya perbezaan pengalaman ini yang mungkin sukar diperolehi jika kita selalu berlatih menggunakannya. Ini adalah langkah aku pertama belajar sebelum mampu memiliki set HF sebenar.
Band 40M menjadi pilihan aku kerana ramai yang aktif terdapat diband ini. Lagipun majoriti website webSDR memilih band 40M berbanding dengan band lain.
Banyak negara baru yang aku dapat copy seperti China, Jepun, Australia, Serbia, Hungary, Bulgaria, Kyrgystan, Bosnia-Herzegovinia, Belarus, Sweden, Slovenia dan Czech Republic. Aku mengharapkan rakan dari negara sendiri tetapi tiada pula. Pasti aku bangga jika 9M dan 9W dapat dicopy di Australia.
Manakala hari kedua pula 25 Mac 2012 aku bermula jam 00:50 UTC hingga 02:33 UTC. Kali ini aku menggunakan webSDR K2SDR di Amerika Syarikat. Antara negara yang dapat dicopy adalah Brazil, Venezuela, Morocco, Sardinia, Lithuania, Cyprus, Denmark, Aruba, Poland, Croatia, Mexico, Slovakia, Senegal, Colombia, Switzerland, Madeira Is. , Canary Is. , Tunisia, Puerto Rico, Netherlands Antilis ,Kazakhstan, dan Ceuta and Melill. Uhh banyak callsign baru aku copy, inilah penangan WPX. Kalau hari biasa memang tak dapatlah nak copy. Rakan yang masuk contast Tahniah diucapkan kerana berjaya mengibarkan Jalur Gemilang ke serata dunia.
Sekian, Terima Kasih jumpa jumpa lagi 73.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Parit
Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment