Hari Belia Negara 2012


Himpunan Jutaan Belia 2012 diadakan di Presint 2 Putrajaya. Sebanyak 38 segmen dan 500 acara diadakan sepanjang 6km di sini.

Aku berkesempatan berkunjung untuk melihat aktiviti-aktiviti menarik diadakan. Matlamat utama aku ingin ke stesen Jota, tetapi malangnya aku tidak menemui QTH stesen ini. Aku sempat ke tapak Jambori kontingen Kuala Lumpur yang menarik mempamerkan pesawat ringan dan pelbagai aktiviti Pengakap Udara. Menurut pegawai yang bertugas stesen jota terletak di urusetia yang jaraknya lebih kurang 1km dari tapak jambori.

Sebelum itu, aku berjalan-jalan dipersekitaran pameran dan jualan untuk melihat perkara-perkara yang menarik seperti di Jom Heboh. Aku monitor juga jalur-jalur jikalau ada rakan sedang QSO terutamanya 145.300MHz.


Selepas melawat tapak jambori aku dan XYL ke Istana Kehakiman berehat sebentar selepas melihat kereta antik yang dipamerkan. Semasa itu, aku kedengaran audio QSO di jalur 145.500MHz. Aku monitor sahaja kerana tiada callsign disebutkan. Selepas itu kedengaran lagi audio ayng sama bersama callsignnya. Akupun ingin berkabung tetapi tiada response. Selepas memanggil dengan callsignnya barulah Abg Zai dari Sabah 9M6ZAY menjawab panggilanku. Terima kasih abg Zai kerana sudi menjawab panggilanku. Beliau menggunakan frequensi ini untuk berhubung dengan XYL beliau iaitu 9W6ZAQ.

Selepas itu kedengaran Hafiz 9W2VFZ masuk bergabung dan dapat bersalaman juga bersama 9M6ZAY yang sedang sibuk bertugas di tapak acara ini. Menurut Hafiz QTH beliau di pameran tentera aku tak QSL di mana lokasi itu. Jikalau dekat mungkin boleh bersalaman didaratan.

Aku kehilangan audio hafiz selepas abg Zai monitoring sahaja. Rupanya ramai yang monitor dijalur. Bujat 9M2AIS telah memanggil aku digerai makan berdekatan dengan Jom Heboh. Dapat juga bersalaman dengan Bujat diudara selepas sekian lama tidak QSO.

Selepas Bujat QRT kerana ingin meneruskan santapannya, aku memanggil semula hafiz. Kemudian dia menjawab panggilanku, ada kelapangan boleh bersalaman didaratan pula.

Walaupun tidak dapat menemui stesen jota, tetapi aku puas hati dapat bersalaman dengan rakan diudara terutamanya rakan jauh 9M6ZAY.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

2 comments:

  1. saya tak berpeluang nak ke sana. haritu saya ke melaka. nampak seronok. lain kali boleh join.

    ReplyDelete
  2. Tahun depan harap ada Persatuan Radio Amatur buat Pameran dan aktiviti

    ReplyDelete

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...