QSL kad diatas adalah kepunyaan 9M2ESM yang telah diberi kepada aku pada Konvensyen Radio Amatur 2013 di UKM Bangi yang lalu. Memang cantik lakaran kartunis tersohor negara Lat dipilih untuk QSL kad ini.
' Harapan saya ialah semoga kita menjadi sahabat sejati selama-lamanya' merupakan kata-kata yang mendalam ditulis oleh Lat yang dipilih oleh Syam. Memang tepat pemilihan kata-kata itu bagi mengeratkan lagi persahabatan di antara rakan ham yang menerima kad ini.
Ini adalah pertama kali dapat bersalaman didaratan. Walaupun aku tidak mengenali beliau secara dekat tetapi ia dapat mengenali diriku. Jojet panggilan kepada aku, macam mana beliau boleh kenal adalah melalui blog ini. Rasanya memang tidak pernah QSO di mana-mana jalur tetapi melalui blog ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama rakan ham.
Walaupun media sosial seperti facebook menjadi fenomena kini. Blog-blog tetap mempunyai pengikutnya tersendiri. Bagi kalangan peminat raadio amatur terdapat blog-blog yang boleh diikuti menjadi panduan dan juga dalam pencarian dan penambahan ilmu tentang radio.
Di bawah ini adalah senarai pilihan blog oleh Syam di blog beliau http://9m2esm.blogspot.com/
1. http://9m2zak.blogspot.com
Banyak pengetahuan dan ilmu yang baru dapat diperolehi jika kita membaca blog-blog yang ditulis oleh rakan ham.
Contohnya jika seseorang yang baru berjinak dengan aktiviti radio boleh mendapat maklumat dari blog-blog ini. ada rakan yang ingin mendapatkan lesen tidak tahu cara untuk mendapatkannya. Ini kerana tidak tahu kepada siapa hendak dituju untuk mendapatkan maklumat.
Zaman teknologi maklumat dihujung jari pelbagai perkara dan informasi boleh diperolehi jika rajin mencarinya seperti di blog dan laman sesawang.
Blog pilihan Syam sememangnya bukan calang-calang orang. Mereka sangat berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam radio amatur ini.
Penulisan di blog menjadi wadah untuk tempat penggalian ilmu radio amatur. Penulis-penulis berkongsi pengalaman mereka yang sangat mendalam tentang dunia radio amatur. Ini secara tidak langsung menjadi pemangkin dan menaikkan semangat kepada rakan yang baru mengenali dunia radio amatur ini.
Bagi aku pula penulisan blog merupakan tempat perkongsian pengalaman dan tujuan dokumentasi. Banyak perkara yang dilalui boleh disimpan dan direkodkan untuk perkongsian bersama. Mungkin penulis yang lain turut mempunyai niat yang sama seperti aku.
Berbalik pertemuan kami di KRAM 2013, beliau ada menanyakan kepada aku bila hendak upgradekan lesen. Ini kerana sudah lama di 9W tentu boleh melakukannya. Soalan cepu emas ini adalah soalan yang biasa ditujukan kepada kita supaya dapat meningkat lagi tahap kemahiran yang lebih tinggi. Ya mungkin satu hari nanti aku akan mendapatkannya. Terima kasih Syam atas pembakaran semangat itu.
Sepanjang KRAM ramai rakan ham yang aku jumpa buat pertama kalinya. Begitu juga muka-muka yang biasa dilihat diblog dan facebook akhirnya dapat berjumpa di sini. Sememangnya konvensyen ini mengeratkan lagi hubungan sesama rakan ham.
Selain itu, pengetahuan baru dapat diperolehi dengan pembentangan dan pameran yang diadakan. Perkongsian cerita dan pengalaman peribadi seseorang menambahkan lagi ilmu didada. Apa yang penting adalah semangat untuk mencari ilmu di tempat dan orang yang betul. Peluang seperti ini sememangnya dicari-cari oleh aku lebih-lebih lagi dianjurkan dekat dengan base. Manakan rakan Sabah boleh datang inikan pula aku dibelakang rumah sahaja tentulah aku datang.
Terima Kasih Syam, jumpa dan jumpa lagi
73, Jojet, 9W2DYA
No comments:
Post a Comment