Radio dua hala ketika KE7B Everest FELDA 2013

My Comm Center
 
Posting kali ini nak cerita sedikit kerja-kerja komunikasi di Kem Felda. Apip sebagai krew Biro Komunikasi dan tugas-tugas di EBC.

Khemah Komunikasi bersebelahan dengan Khemah Utama (Dining). Satu radio komunikasi diletak dan dipasang 24 jam jenis Yaesu model FT-2900R/E dan handy model FT-250R. Antena komunikasi dipasang dibelakang khemah komunikasi.
Apip duty di khemah komunikasi
 
15 handheld radio / walkie-talkie digunakan untuk pendaki utama, sherpa dan medic. Setiap komunikasi antara basecamp dengan pendaki utama direkodkan. Status pendaki, kesihatan pendaki dan lain-lain keperluan pendaki dicatatkan dalam sheet yang disediakan.
 
Aliph turut menjaga komunikasi
 
Tugas lain memastikan walkie-talkie full charge sebelum pendaki utama mendaki, sama ada untuk acclamatize mahupun summit attempt. Frekuensi Team Felda kebetulan sama dengan satu team di sebelah Tibet dan masing-masing sering mendengar komunikasi antara satu sama lain.
recharge walkie-talkie di dining tent
 
walkie-talkie dibawa bila bersiar-siar di EBC
 
 
Artikel dan gambar di atas merupakan penulisan Apip Embi melalui blog beliau iaitu Gerbang Gunung. Sebagai pendaki sokongan semasa XPDC KE7B Everest FELDA 2013 beliau turut berperanan dalam komunikasi.
 
Berdasarkan artikel dan gambar yang ditunjukkan peralatan yang digunakan semasa xpdc adalah peralatan radio komunikasi yang biasa bagi kita sebagai pengamal radio amatur.
 
Syabas dan tahniah kepada mereka kerana menggunakan kemudahan radio dua hala bagi memastikan anggota xpdc sentiasa berada dalam keadaan selamat.
 
Seorang lagi rakan yang sedang QSO menggunakan rig merupakan seorang pemegang AA lesen B iaitu Aliph lupa pula callsign dia.
 
Aliph pernah menceritakan pengalamannya di EBC ketika bertemunya di Konvensyen Radio Amatur UKM Bangi baru-baru ini.
 
Keadaan persekitaran yang ekstrim menyukarkan mereka mengendalikan radas yang ada. Berkat pengalaman dan daya usaha yang tinggi mereka berjaya memastikan segala peralatan dapat digunakan dengan baik sehingga kejayaan menawan bumbung dunia.
 
Apa yang Aliph kesalkan ialah tidak membawa peralatan HF bagi terbang lebih jauh lagi. Mungkin xpdc seterusnya selepas ini peralatan HF boleh dibawa untuk dxing pula.
 
Namun begitu, pengalaman beliau di EBC ini sangatlah berharga bagi pengendali radio. Mungkin kalau beliau di puncak dunia bolehlah Summit on the air (SOTA).
 
Apapun tahniah kepada Apip dan Aliph kerana berjaya menggunakan radas dengan baik sekali untuk memastikan kejayaan xpdc ini berjaya.
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
 

2 comments:

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...